BERITA : 15,000 GURU IJAZAH TIDAK NAIK GRED

by 10:50 AM 0 comments

Hampir 15,000 guru yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah masih ternanti-nanti tawaran kenaikan ke gred DG41 walaupun sebahagian besar daripada mereka telah ditemu duga untuk tujuan berkenaan.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, terdapat sebilangan daripada guru berijazah tersebut telah menunggu tawaran kenaikan itu hampir dua tahun.
Katanya, keadaan semakin membimbangkan ekoran semakin ramai guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah akan menamatkan pengajian setiap tahun.
"Kalau ia dibiarkan terlalu lama, kita tidak mahu akan timbul pula perasaan tidak puas hati kerana tiada maklum balas daripada kerajaan berhubung perkara ini.
"Mereka sudah menjalani temu duga dan sepatutnya ditawar ke gred tersebut tetapi sehingga kini, kami tidak tahu mengapa ia masih tidak dapat dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, peruntukan bagi menawarkan guru berkenaan ke gred yang lebih tinggi telah ada dan NUTP amat berharap tindakan segera diambil bagi menangani masalah tersebut.


Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment