BERITA : HARGA TINGGI PUNCA JUAL BAYI SINDEKET BERLELUASA

by 9:31 AM 0 comments


Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.

“Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.

“Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian,” katanya.

Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.

“Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

“Wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup menjual untuk mendapatkan wang,” katanya.


Fara  Rauf


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment