BERITA : JURUGAMBAR MEDIA GUNA KREN TANGKAP GAMBAR RUMAH

by 10:32 AM 0 comments

HONG KONG - Anggota-anggota media menaiki kren untuk merakamkan gambar rumah bekas Ketua Setiausaha Hong Kong, Henry Tang semalam.
Mereka sanggup menggunakan kren itu bagi merakamkan gambar dan video rumah Tang yang didakwa mempunyai sebuah kelab mewah yang dibina secara haram di bawah rumahnya itu di sini.
Pelan kelab itu yang diperoleh akhbar-akhbar menunjukkan ia mempunyai sebuah bilik teater rumah, sebuah gimnasium, tempat mandi ala Jepun, bilik menguji minuman wain dan bilik simpanan wain.
Tang merupakan calon pilihan China untuk menjadi Ketua Esekutif Hong Kong dalam pemilihan bagi mencari pemenang jawatan itu Mac depan.
Dia akhirnya mengaku membina ruang bawah tanag itu secara haram tetapi menyatakan ia hanya sebagai stor.
Sebelum ini Tang menafikan membina struktur haram di bawah rumah mewahnya.
Calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong bagi mewakili Parti Demokrat, Albert Ho meminta Tang menarik diri daripada pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut ekoran isu pembinaan haram itu.
Pemenang jawatan yang akan dipilih menerusi undian 1,200 anggota itu akan menggantikan Donald Tsang.
Fara  Rauf



Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment