BERITA : KOLUMNIS HINA NABI SAW BERTAUBAT

by 9:02 AM 0 comments


Kolumnis Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dalam laman Twitternya, mendakwa dia sudah bertaubat atas perbuatannya itu.

Seorang daripada ahli keluarga Hamza yang enggan dikenali berkata, kolumnis berusia 23 tahun itu mengakui kepada keluarganya yang dia melakukan kesilapan dan menyesali perbuatan tersebut.

Hamza melarikan diri ke Malaysia selepas kenyataannya membangkitkan kemarahan umat Islam serta menyebabkan nyawanya berada dalam bahaya.

Dia kemudiannya dihantar pulang ke Arab Saudi pada Ahad lalu oleh pihak berkuasa Malaysia.
Menurut sumber, sebaik-baik tiba di Arab Saudi, Hamza memaklumkan kepada keluarganya mengenai situasi dirinya yang berada dalam keadaan baik.

“Keluarganya masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa untuk melawat Hamza serta mengupah seorang peguam,” katanya.

Seorang peguam berkata, Hamza masih belum disoal siasat dan berharap kes ini dapat diselesaikan sebelum ia dibawa ke mahkamah.

Akhbar Arab Saudi versi bahasa Inggeris, Arab News pada awal minggu ini melaporkan kolumnis akhbar Al-Billad itu mungkin didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kufur.

Hamza mengeluarkan kenyataan kontroversi itu dalam Twitternya yang mempunyai lebih 23,000 ahli dengan menyatakan dia tidak akan bersujud kepada Nabi Muhammad.

Dia kemudiannya memohon maaf atas kenyataan tersebut dengan menyatakan dia telah membuat kesilapan dan berdoa agar Allah mengampunkannya dan umat Islam dapat memaafkannya. 

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment