BERITA : LRT PERLUAS TRANSIT

by 10:42 AM 2 comments

 Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menyasarkan projek penyambungan landasan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi aliran Kelana Jaya dan Ampang siap sepenuhnya pada tahun 2014.
Pengarah Kumpulan Divisyen Infrastruktur Prasarana, Zulkifli Mohd. Yusoff (gambar kecil) berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan kemajuan projek terbabit yang kini mencecah 20 peratus.
“Projek ini berjalan dengan lancar dan kita menjangkakan perkhidmatan LRT Aliran Ampang dapat digunakan orang ramai pada Oktober 2014 manakala aliran Kelana Jaya pada Disember 2014,” katanya pada Majlis Penerangan Projek Penyambungan Landasan Sistem LRT kepada media di sini semalam.
Zulkifli berkata, sebanyak 90 peratus daripada kontrak kerja penyambungan landasan sistem LRT telah dianugerahkan kepada kontraktor terpilih.
Menurutnya, nilai kontrak yang dianugerahkan kepada kontraktor bagi aliran Ampang bernilai RM2 bilion manakala aliran Kelana Jaya sebanyak RM2.5 bilion.
Jelas beliau, beberapa lagi kontrak masih dalam proses tender dan baki kontrak itu dijangka selesai dianugerahkan kepada para kontraktor yang layak pada April depan.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan sebenar kontrak yang telah diberi, sebaliknya memberitahu jumlah keseluruhan kontrak berkenaan antara 40 hingga 50 kontrak.


Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

2 comments: