BERITA : Nasha Aziz Tarik Rayuan

by 1:12 PM 0 comments

Pelakon Nasha Aziz semalam menarik balik rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan artis itu membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 kepada bapa kandungnya, Abdul Aziz Mohd. Ali.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Zainun Ali kemudian mengetepikan rayuan itu.
Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.
Terdahulu, peguam Siti Maspuah Maulan yang mewakili pelakon dan model itu memaklumkan kepada panel hakim berkenaan bahawa anak guamnya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober 2009 yang meluluskan permohonan Abdul Aziz agar mahkamah membuat penghakiman dalam saman malu terhadap Nasha berikutan ketidakhadiran peguam yang mewakili pelakon itu sebelum ini pada pendengaran saman itu.
Bagaimanapun, tiada alasan diberi berhubung penarikan balik rayuan itu.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Nasha, 40, membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya, mulai tarikh saman itu difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 hinggalah tarikh saman itu diselesaikan.
Abdul Aziz, 63, seorang guru silat, menyaman Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung sebuah tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa bahawa dia bukan bapa kandung pelakon itu.
Dalam penyata tuntutannya, Abdul Aziz berkata, dia ialah bapa kandung Nasha dan perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam tulisan bertajuk 'Jangan Tanya Hal Peribadi' itu, yang tersiar pada 24 November 2004, menyebabkan dia menderita serta menanggung malu.





Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment