BERITA : POLIS MINTA ORANG AWAM CARI SAKSI KES TIPU RM7 JUTA

by 9:24 AM 0 comments

ADLEENA  DICARI BANTU  SIASATAN KES TIPU RM7 JUTA

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang wanita yang dikehendaki sebagai saksi dalam kes penipuan membabitkan kerugian bernilai RM7 juta.

Pegawai Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner M. Mariappan berkata, Adleena Adriana Abdullah, 44, diperlukan polis sebagai saksi bagi membantu siasatan dalam kes penipuan melibatkan seorang pengarah sebuah syarikat pada 2007.

Beliau berkata, wanita berkenaan yang memegang kad pengenalan bernombor 680312-10-5368 mempunyai alamat terakhir di B3-03-13 Emerald Service Apartment, Jalan Pujangga PJU 8/3, Damansara Perdana, Petaling Jaya dekat sini.
"Saksi diperlukan untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes di Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Siasatan kes ini membabitkan mangsa, seorang lelaki Melayu yang merupakan pengarah sebuah syarikat yang mengalami kerugian kira-kira RM7 juta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mariappan berkata, sesiapa mengenali wanita berkenaan atau mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Deputi Supritendan Mazelan Paijan di talian 03-79586901 atau 012-3179900.

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment