BERITA : SIKAP ISRAEL BOLEH BAWA PETAKA

by 9:21 AM 0 comments
MEJ fail Tentera Udara AS pada 12 Mac 2003 merakamkan dua juruterbang memeriksa peluru berpandu GBU-28 seberat 2,268kg senjata yang dikawal laser dengan jarak sasaran lebih 9.65 kilometer yang dikatakan akan digunakan untuk menyerang kemudahan nuklear Iran. Namun, tentera AS menyatakan bom konvensional terbesar milik AS itu tidak mampu memusnahkan kemudahan nuklear bawah tanah Iran, Wall Street Journal melaporkan pada 27 Januari lalu bahawa tentera AS sedang mencipta bom berkuasa tinggi seberat 13.6-tan dikenali sebagai Massive Ordnance Penetrator, yang direka khas untuk memusnahkan kemudahan nuklear Iran dan Korea Utara. 

Pendirian keras Israel terhadap spekulasi berhubung program senjata nuklear Iran boleh membawa malapetaka besar, kata seorang pegawai kanan Kementerian Luar Rusia, hari ini.

Spekulasi berhubung kemungkinan Iran membangunkan senjata nuklear 'meningkatkan ketegangan dan boleh menggalakkan langkah ke arah tindakan ketenteraan yang membawa malapetaka besar', kata ketua jabatan keselamatan dan pelucutan senjata di Kementerian Luar Rusia, Mikhail Ulyanov kepada agensi berita Interfax.

Sebahagian daripada spekulasi yang meningkat sejak beberapa minggu lalu berpunca daripada kenyataan pegawai rejim Zionis Israel mengenai kemungkinan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.

Israel dan kuasa Barat mendakwa program nuklear Iran sebenarnya mempunyai motif sulit untuk membina senjata atom, dakwaan yang dinafikan oleh Teheran.

Dakwaan mengenai motif program nuklear Iran 'mempunyai objektif politik dan propaganda yang sangat jahat', kata Ulyanov.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan lepas berkata, Israel masih 'sangat jauh' sebelum membuat keputusan sama ada hendak menyerang Iran bagi menyekat program nuklearnya.

Bagaimanapun, ketua perisikan tentera Israel, Jeneral Aviv Kochavi memberitahu satu persidangan keselamatan pada minggu lalu, Iran memiliki cukup banyak bahan radioaktif untuk membina empat bom nuklear.

Rejim Zionis menyokong sekatan ketat ke atas Iran tetapi turut mempertahankan haknya untuk mengambil tindakan ketenteraan bagi menghalang aktiviti nuklear Teheran.

Israel dipercayai merupakan satu-satunya kuasa nuklear di Asia Barat walaupun rejim Zionis Israel itu enggan mengakuinya.





Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment