FILEM : AZURA 2012 (KOMEN FARA)

by 12:53 PM 0 comments
SATU BINTANG JE FARA BAGI.

First of all, minta maaf kalau ianya menyinggung mana-mana pihak. 

Filem Azura 2012 yang digarap semula dan dioleh sesuai dengan sinematografi penonton sekarang hasil Deddy M. Borhan dan diarah oleh Aziz M.Osman  agak kurang menyengat. 

Permulaannya sahaja telah membuang masa 5 minit untuk melihat Neelofa bermain dengan suasana dan kita sebagai penonton tidak tahu hujung pangkalnya dan mengapa perlu adanya scene tersebut.

Dengan cerita yang melompat-lompat dan isu pergaduhan antara Azura dan Zack dan pada logiknya bukanlah isu besar untuk diberi alasan utama.

Komen Fara bagi filem Azura 2012 :
  • Bagaimana semudah itu Zack jatuh cinta dengan tamparan Azura?
  • Hanya kerana Azura tidak beritahu yang dia belajar sambil bekerja, Zack tinggalkan Azura?
  • Perli Dr.Rozmey dalam filem? Jus Maid?
  • Macam filem asal jadi je.
Nasib baik la si Neelofa ni cun. Tunggu jugak la movie ni habis. Walaupun menampilkan barisan pelakon yang mantop, belum tentu meletop. Yang penting jalan cerita, mesej yang nak disampaikan dan kesan kepada penonton.





Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment