FILEM : HACHIKO (SINOPSIS DAN KOMEN FARA)

by 1:55 PM 0 comments
FARA BAGI SEPULUH BINTANG UNTUK FILEM HACHIKO NI. SANGAT  TOUCHING!! :(
Sebuah filem yang diadaptasi dari cerita sebenar di Jepun. Filem ini mengisahkan seekor anjing yang diberi nama Hachiko. 


Hachiko ditemui tuannya, Prof. Parker di sebuah stesen keretapi. Hachi dibela sejak kecil dan hanya rapat dengan Prof. Parker berbanding ahli keluarga Prof. Parker yang lain.




Rutin harian Hachiko ialah menemani Prof. Parker ke stesen keretapi dan akan menyambut Prof. Parker tepat jam 5.00 petang.



Setelah 2 tahun menemani dan menyambut kepulangan Prof. Parker dari bekerja, pada suatu hari Prof. Parker tidak pulang seperti kebiasaanya. Hachiko menunggu hingga lewat malam dan pada malam tersebut anak Prof. Parker telah mengambil Hachi untuk pulang ke rumah. Prof. Parker telah meninggal dunia pada hari tersebut. Malangnya Hachi tidak mengerti dengan kehilangan Prof. Parker. 


Bermula episod sedih filem ini, apabila Hachi telah dibawa berpindah ke rumah anak Prof. Parker dan cuba melarikan diri untuk pulang ke rumah lama Prof. Parker. Dari rumah itu, Hachi mula menjejaki semula stesen keretapi bagi menunggu kepulangan Prof. Parker.






Sejak dari mula Hachi mula menemani Prof. Parker di stesen keretapi tersebut, Hachi mula dikenali dikalangan peniaga di kawasan tersebut. Masing-masing bersedih apabila Hachi setia menunggu disitu saban hari. Hachi diberi makan dan minum dari peniaga-peniaga di situ.






Penantian Hachi bukan penantian seketika. Hachi setia menunggu kepulangan Prof. Parker sehingga 9 tahun. 




Hachi yang semakin tua, telah meninggal di kawasan stesen keretapi itu. Sebuah tugu telah dibina bagi memperingati dan menyanjung kesetiaan Hachi.



Fara  Rauf


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment