HIBURAN : ADNAN SEMPIT 2 KELUAR PANGGUNG 23/02/2012

by 2:23 PM 0 comments

Tampil dengan pelakon yang sama dari Adnan Sempit sebelum ini, filem terbaru yang bakal ke pawagam pada 23 Februari 2012 ini bakal membuatkan anda pecah perut sekali lagi dengan lawak-lawak dan jalan ceritanya.
Dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Shaheizy Sam (Adnan), Intan Ladyana (Nadia), Yana Samsudin (Wawa) dan Along Cham (Bobby), punchline yang kami rasa bakal menjadi ikutan selepas ini ialah, “Dimana Ada Highway, Disitu Ada Tol”.
Kisah Adnan Sempit 2 ini menjadi lebih rumit dengan percintaan Adnan dan Nadia apabila Ayah Nadia tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya.
Hubungan diantara Bobby dan Wawa juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar Fendi, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Adakah rancangan Datuk Isnin akan berjaya? Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment