HIBURAN : SPEKULASI SUSULAN KEMATIAN WHITNEY HOUSTAN

by 11:33 AM 1 comments

Pelbagai spekulasi timbul sejak bintang legenda Whitney Houston ditemui mati di bilik hotelnya pada Sabtu lalu namun punca sebenar kejadian tersebut masih belum diketahui sehingga kini.

Pasukan perubatan menyatakan punca kematian penyanyi tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu.

"Penyiasatan yang dilakukan bukan seperti yang dilihat dalam siri drama CSI yang hanya dapat diketahui dalam tempoh satu atau dua hari sahaja," kata Presiden Persatuan Pemeriksa Perubatan Kebangsaan, Dr. Andrew Baker.

Seperti mana yang dilakukan ke atas kes kematian bintang pop Michael Jackson dan penyanyi Amy Winehouse, keputusan ujian toksik bakal mengambil tempoh dari enam sehingga lapan minggu.

Antara spekulasi awal yang sering dikaitkan dengan kematian penyanyi berusia 48 tahun itu adalah pengambilan dadah secara berlebihan.

Baker yang tidak terlibat dalam penyiasatan tersebut menjelaskan, autopsi awal hanya dapat mengenal pasti punca kematian bagi kes-kes seperti trauma, sakit jantung, atau berkaitan kegagalan fungsi otak. 

Fara  Rauf



Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: