PENGUMUMAN : DJ RAZAK IKIM.FM MENINGGAL DUNIA

by 9:47 AM 0 comments
  



ARWAH DJ RAZAK MENINGGAL DUNIA KERANA KEMALANGAN MOTOSIKAL 


Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIM.fm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006,  dan merupakan anggota pencen Angkatan Tentera Malaysia 

Pada tahun 2008 beliau telah menjadi ahli Keluarga tetap IKIM fm dan telah ditugaskan untuk rancangan 'Sembang Pagi' terbitan Mohd Erwan Johari dari pukul 2 hingga 6 pagi setiap hari isnin, selasa dan rabu.

Dilahirkan pada 13 Mac 1966 beliau meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang anak lelaki, 
masing-masing berumur 19 tahun, 16 tahun dan 10 tahun.

Difahamkan bahawa kemalangan adalah disebabkan  pertembungan  dua hala yang melibatkan dua buah motosikal di jalan sempit dekat Bukit Jalil dan arwah meninggal di tempat kejadian manakala jirannya patah kaki.


Arwah akan dikebumikan di Puchong selepas zohor.


Fara hanya berkesempatan berjumpa beberapa kali sahaja memandangkan beliau ke udara pada waktu malam dan kadang kala pada hujung minggu.

Al-Fatihah Fara sedekahkan buat arwah DJ Razak. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kami warga IKIM.fm pastinya merindui arwah.

Bagi yang membaca entri ini, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. 

Al-Fatihah.. 

Fara  Rauf


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment