SUKAN : AC MILAN MENANG BESAR 4-0

by 10:15 AM 0 comments

PEMAIN AC Milan Zlatan Ibrahimovic (kanan) berjaya mengawal bola dari pemain Arsenal Laurent Koscielny dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, di Milan sebentar tadi. 
AC Milan menang besar 4-0.

Kelab gergasi Itali, AC Milan menghampiri saingan ke suku akhir Juara-Juara Eropah apabila membenam kelab Inggeris, Arsenal 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua di San Siro, awal pagi tadi. 

Gol disumbangkan oleh Kevin-Prince Boateng pada minit ke-15, dua lagi menerusi Robinho pada minit ke-38 dan minit ke-9 manakala penalti Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan bergaya Milan untuk gol keempat pada minit ke-79.
Ini bermakna pada perlawanan kedua nanti di Stadium Emirates dalam masa tiga minggu lagi, kehadiran Milan hanya sebagai memenuhi syarat pertandingan sahaja.
Malah, kehadiran Thierry Henry untuk aksi terakhirnya sebelum kembali ke New York Red Bulls gagal mencetuskan inspirasi kepada anak buah Arsene Wenger. 

“Kami seolah-olah tidak berada di padang. Aksi kami amat teruk sama ada di bahagian serangan atau pertahanan. 

"Ia amat memilukan apabila kelemahan di mana-mana saja. Ia adalah persembahan terburuk kami di Eropah setakat ini," kata Wenger




Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment