SUKAN : ELAK HELAH KOREA

by 1:49 PM 0 comments

TIKET ke suku akhir kempen kelayakan Kejohanan Badminton 2012 sudah sah berada dalam genggaman.
Kemenangan 3-2 ke atas Hong Kong pada aksi pembukaan Kumpulan D di Macau semalam sudah cukup memastikan Malaysia menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.
Bagaimanapun, misi lebih penting akan dihadapi barisan pemain negara apabila membuat perhitungan dengan Korea Selatan hari ini.
Baik Korea Selatan mahupun Malaysia, kedua-dua pasukan pastinya tidak mahu berputih mata bagi menjamin kedudukan selaku juara Kumpulan D.
Bagaimanapun, Malaysia harus lebih berwaspada dengan ancaman Korea Selatan yang cukup terkenal dengan 1,001 helah bagi memburu kemenangan.
MACAU – “Peluang tetap ada.”
Demikian keyakinan yang disuarakan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjelang pertemuan menentang Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan D kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia hari ini.
Perlawanan tersebut amat penting buat skuad negara dalam misi memburu slot ke suku akhir selaku juara Kumpulan D, sekali gus mengelak berdepan Indonesia yang dijangka mudah mengungguli Kumpulan B.
Terdahulu, skuad negara dan Korea Selatan mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepas masing-masing berjaya menewaskan Hong Kong.
Skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Hong Kong semalam, manakala Korea Selatan menang 5-0 kelmarin.
Justeru, pertemuan di antara skuad negara dengan Korea Selatan hari ini adalah bagi menentukan siapa yang layak bergelar juara Kumpulan D.
Bagi Chong Wei, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan apabila berdepan Korea Selatan kerana pemain No. 1 dunia itu yakin skuad negara tetap memiliki peluang untuk menang.
Jelas Chong Wei, rakan-rakan sepasukannya tidak seharusnya berasa tertekan kerana skuad negara sememangnya dilabel sebagai pasukan underdog apabila bertemu Korea Selatan.
“Berdepan Korea Selatan, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Jika kalah sekalipun, kita tidak rugi apa-apa kerana Korea Selatan sememangnya merupakan pasukan pilihan.
“Mereka merupakan pilihan kedua kejohanan sementara Malaysia kelima.
“Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh menang. Peluang itu tetap ada cuma kita perlu lebih fokus apabila berdepan Korea Selatan dan beraksi dengan semangat juang yang tinggi,” kata Chong Wei semalam.
Sebelum ini, skuad negara menerima perkhabaran gembira apabila ketua jurulatih Korea Selatan, Sung Han Kuk mengesahkan bahawa dua pemain utama mereka, Park Sung Hwan dan pemain beregu pertama, Jung Jae Sung tidak akan beraksi pada kempen kelayakan kali ini.
Han Kuk berkata, Sung Hwan yang merupakan perseorangan kedua Korea Selatan masih bergelut dengan masalah kecederaan, begitu juga dengan Jae Sung yang bergandingan Lee Yong Dae.
Diminta mengulas mengenai pertemuannya menentang Wing Ki yang menyaksikan dia dipaksa bekerja keras sebelum menang, Chong Wei mengakui, dia masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang.
“Ini perkara biasa apabila beraksi dalam perlawanan pertama. Mana-mana pemain utama pun turut mengalami perkara yang sama.
“Semalam (kelmarin) Chen Long (perseorangan pertama China) tewas dengan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh dan Lee Hyun Il (perseorangan pertama Korea Selatan) pula turut bekerja keras menentang Wing Ki sebelum menang,” jelas Chong Wei.

Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment