SUKAN : LIVERPOOL PATUT JUAL SUAREZ

by 8:47 AM 0 comments

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan, Liverpool patut menjual Luis Suarez dan memastikan dia tidak bermain lagi untuk kelab tersebut selepas penyerang Uruguay itu enggan menyambut salam Patrice Evra.

Kemarahan Ferguson timbul selepas dua musuh ketat itu bertemu di Old Trafford kelmarin, yang menyaksikan United menang 2-1 hasil dua jaringan Wayne Rooney.

Dalam perlawanan itu, Suarez enggan menyambut salam kapten United, Evra ketika pemain bersalaman sebelum memulakan saingan. Ferguson kemudian membuat rayuan agar bola sepak Inggeris membuang pemain yang telah dilabel sebagai perkauman daripada negara itu.

Suarez membuat penampilan pertama sejak digantung lapan bulan oleh Persatuan Bolasepak (FA) kerana didapati bersalah menghambur kata-kata perkauman terhadap Evra dalam perlawanan kedua-dua pasukan, Oktober lalu.

Sebelum perlawanan bermula, Suarez enggan menyambut salam Evra ketika kedua-dua pasukan bersalaman, dan sebagai respons, pertahanan United, Rio Ferdinand enggan menyambut salam Suarez, sekali gus menimbulkan suasana tegang.

Evra dilaporkan tidak puas dengan penyerang Liverpool itu apabila meluru ke arahnya ketika pemain memasuki bilik persalinan pada rehat separuh masa.

Sejurus tamat perlawanan, Evra sengaja menyemarakkan kemarahan lawan dengan meraikan kemenangan secara berlebihan di depan Suarez dalam cubaan menghina pemain tersebut.



Fara  Rauf



Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment