SUKAN : MALAYSIA SERI MENENTANG FILIPINA

by 8:18 AM 0 comments
Jaringan Ahmad Shakir Ali pada masa kecederaan menyelamatkan maruah Malaysia apabila mengikat tuan rumah 1-1, Filipina dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, semalam.

Ketika di ambang kekalahan, pemain muda itu yang masuk selaku pemain gantian pada penghujung separuh masa kedua merembat deras menewaskan penjaga gol Filipina yang beraksi di Fulham, Neil Etheridge, dua minit sebelum perlawanan ditamatkan.

Walaupun berjaya mengelakkan kekalahan di tangan Filipina yang berada di ranking 156 dunia, ia meneruskan kemarau Harimau Malaya yang masih gagal mencari kemenangan di gelanggang luar negara sejak tahun 2011.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment