SUKAN : SAYA DILAYAN SEPERTI ANJING, TEVEZ

by 9:07 AM 0 comments

LONDON: Carlos Tevez mendakwa Pengurus Manchester City, Roberto Mancini melayannya "seperti anjing" dalam insiden yang menyebabkan penyerang Argentina itu meninggalkan daripada pasukannya yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Tevez berkata, Mancini adalah seorang yang bengis dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya ketika tewas kepada Bayern Munich dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Liga Juara-Juara Eropah, September lalu.
Ia berikutan keengganan Tevez untuk bersiap sedia dari bangku simpanan.
Susulan kejadian itu, Tevez tidak beraksi untuk City sejak 27 September, tetapi kembali ke kelabnya hari ini sebagai usaha memulihkan karier beliau selepas digantung lebih tiga bulan. 

Sementara itu, Mancini menyatakan kesediaan untuk berdamai dengan Tevez selepas bekas penyerang Manchester United itu memohon maaf kepada pengurusnya.


Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment