TERJAH : FARA DI ISTANA BUDAYA

by 9:45 AM 0 comments
Fara ni peminat Zizan okey. Tengok macam tinggi je Zizan ni. Bila dah jumpa depan mata rupanya tinggi Fara dari dia. Gambar ni nampak sama tinggi coz Fara kena menyenget sikit sebab ada meja kat situ.



Baru-baru ini Fara dah pergi terjah Istana Budaya bagi menyaksikan Lawak Ke Der? Sebelum pergi hanya expect biasa-biasa je. Tapi, bila dah sampai Istana Budaya, tengok ramai rupanya penonton Lawak Ke Der? ni. So Fara assume Lawak Ke Der ni mesti awesome punya sampai habis. 

Lawak Ke Der yang berdurasi 3 jam ini menampilkan, Jozan, Boboi, Harith Iskandar dan Nabil sebagai pengacara program tersebut.

Dimulakan dengan Nabil selaku pengacara program sudah cukup menggamatkan Istana Budaya. Itu baru pembukaan, belum lagi persembahan dari Jozan, Boboi dan Harith Iskandar.

So, meh sini Fara nak short story persembahan mereka.


AFDLIN SANGAT HUMBLE., TAK BERHENTI SAY THANX SUDI DATANG TENGOK. MASA NI HARUN SALIM BACHIK DAH KEPENATAN SIKIT. KORANG MEMANG BEST BOBOI!!

BOBOI pada part pertama, mempersembahkan kisah cinta Boboi dan dan Gegirl. Boboi yang lambat hadir pada temujanji dengan Gegirl memberikan alasan makan burger dan kena tahan polis. Banyak unsur lawak diselitkan dan bagaimana kejadian berlaku. Yang ni LAWAK!!! Fara suka.

BOBOI pada part kedua, mempersembahkan realiti penonton Istana Budaya yang bayar tike memahal, tapi tak boleh makan, tak boleh minum. Tapi pergi tengok wayang bayar 10 henggeet boleh makan hot dog, minum air, makan popcorn. Part lawak yang ni bila Boboi berkeras jugak nak makan dengan buat-buat batuk. Yang si Gegirl pulak buat-buat bersin. Yang ni sangat LAWAK!!!

BOBOI pada part ketiga, mempersembahkan dua orang Datin yang melayari internet di Stabak lebih berunsurkan kisah santau. Hahah part ni yang lawak bila HSB terpegang payuda Afdlin. Hahaha yang Afdlin pun yakin haderr je. Yang ni LAWAK HABIS!!!


So sekarang Fara share persembahan Jozan pulak.

MASA JUMPA JOHAN DAN ZIZAN PUN BEST. DYEORG SANGAT EASY GOING .  ACTUALLY  JOZAN TENGAH DUDUK, TAPI FARA REQUEST UNTUK DYEORG BERDIRI. TAK LEKANG SENYUMAN JOZAN. MEMANG SEMPOI!! SUKA KORANG!!

JOZAN pada part pertama, mempersembahkan kisah Johan sebagai Kim Chin, mangsa buli dan Zizan sebagai Ismail, gangster sekolah. Pelbagai unsur lucu diselitkan apabila Ismail membuli Kim Chin untuk menjawab soalan peperiksaan SPM dan menyuruh Kim Chin menulis surat cinta kepada Susan. Hahaha part ni sangat Lawak. Ismail terus berbaik dengan Kim Chin setelah mengetahui Susan adalah sepupu Kim Chin. Kisah ini berakhir dengan mereka berjanji untuk berjumpa sepuluh tahun lagi. Yang ni SANGAT LAWAK !!!

JOZAN pada part kedua, mempersembahkan setelah 10 tahun mereka terpisah dimana Kim Chin kini bukan lagi mangsa buli sebaliknya Acai gangster, manakala Zizan, bese la. Kekal sebagai Mail Lambung. Pada part ni mereka menceritakan bagaimana mereka berdua mula menjadi Gangster. Yang ni LAWAK la jugak.

MASA JUMPA HARITH ISKANDER, DIA SENYUM JE. BAGUS ARTIS MALAYSIA. YANG SI NABIL MEMANG FARA SUKA. HORMAT ORANG. SEMPAT LA BORAK-BORAK DENGAN NABIL NI KEJAP. SIAP PANGGIL FARA 'KAKAK' LAGI. EHEHEHE FARA MUDA LAGI NABIL WOKEY..

HARITH ISKANDER hanya tampil sekali pada persembahan beliau. I'm not expect that he was a great stand up comedian since not familiar in tv. Harith Iskander lebih pada mempengaruhi audien dengan mengajak audien berfikir sejenak dan membandingkan perbezaan kemalangan di Malaysia vs luar negara, orang Malaysia melintas jalan dengan kuasa tangan vs orang Singapore melintas di kawasan tertentu, dan part paling menarik apabila Harith Iskander membuat lawak sekiranya Malaysia ada rancangan tv CSI Malaysia. Yang ni LAWAK HABIS!!!!!  

NABIL yang hanya tampil sebagai pengacara tidak mengecewakan apabila setiap kali diselitkan diantara persembahan-persembahan  BOBOI, JOZAN dan HARITH ISKANDER, sentiasa memberikan lawak jenaka yang bernas dan buat audien semua keras perut.





So total all, memang sangat berpuas hati dengan persembahan Lawak Ke Der? Memang tak rugi dan sangat-sangat lawak sampai suatu tahap Fara dah tak boleh nak gelak and terpaksa senyum je. Nak pergi washroom pun rasa rugi sangat-sangat if i miss any single part of the performance.


And apa yang Fara nak puji sangat-sangat ialah bila jumpa mereka ni, tak sombong langsung and rasa rendah diri sangat-sangat dengan ucapan terima kasih tak terhingga sebab sudi datang saksikan persembahan meraka. Hello, I'm proud to be your audience. 


Pelawak-pelawak Malaysia sekarang dah boleh challenge pelawak antarabangsa. Dan lawak korang bukan lawak basi atau lawak bodoh. Nak bagi orang menangis, senang tapi nak bagi orang ketawa, susah. So berbangga la korang sebagai Pelawak Malaysia and patut dapat perhatian dari segenap media, lensa, tv dan anugerah berprestij.


Apapun terima kasih tak terhingga pada Mr. Chenta Hati sebab sudi melayan permintaan Fara untuk tengok Lawak Ke Der?. Love u lah....





Fara  Rauf

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment