AGAMA : AYAT AL-QURAN PADA KAD KAHWIN TIDAK SESUAI (WAJIB BACA)

by 9:55 AM 0 comments
kad%2Bkahwin Hukum: Ayat Al Quran pada kad kahwin...boleh ke???
KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.
“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan. 

“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.

Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat. 
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam. 

Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata, pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian. 

“Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi,” katanya. 

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata, pihaknya sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah,” katanya.


Tengok contoh kad kahwin kat atas ni…ade tulis satu doa yang hebat…harapan pengantin untuk perkahwinan mereka berkat seperti Nabi Muhammad S.A.W dan Saidatina Khadijah..Nabi Adam dan Hawa..nabi Yusof dan Zulaikha…tapi boleh ke…jawapannye memang boleh dan digalakkan ..
Soalan: Adakah harus menulis Bismillah pada kad jemputan kahwin, memandangkan ia kadang-kadang dibuang di jalanan atau dalam tempat buangan sampah?
Jawapan: Menulis Bismillah pada kad-kad tersebut atau lain-lain seperti surat, adalah suatu yang masyruk (digalakkan). Kerana baginda SAW memulakan surat-surat baginda dengan Bismillah. Dan tidak harus bagi sesiapa yang menerima kad yang terdapat nama Allah atau ayat Quran membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah atau tempat yang tidak dihormati.
Tapi ada masalahnye jugak..korang boleh membuat penerima kad kahwin tu berdosa…kesian plak orang tu kan..
Kata beliau lagi: Jika berlaku yang demikian, maka dosanya ke atas pelaku (yang membuangnya). Adapun orang yang menulisnya, dia tidak berdosa.
sumber:soaljawab
jika orang yang begitu concern dalam hal-hal hukum dan tahu kesucian ayat suci Al-Quran dan khalimah Allah macam korang ni memang takde masalah…kadang-kadang kita tahu tapi leka…terbiar je kad-kad tu bersepah-sepah..Kalau kat rumah korang yang ada kad-kad  kahwin tu simpanla tempat sepatutnya atau boleh dibakar mengikut tertibnya..
Tapi aku rase kalau trend zaman sekarang yang hantar kad kahwin digital kat Facebook tu bagi aku boleh kot..melainkan time korang baca kad kahwin ade plak orang tendang laju2 kat screen laptop korang tu…tu berdosa la orang tu kan..heheh…tapi takkan semua nak hantar kad pakai facebook je kan…habis tu makcik2 yang tak tahu apa erti mouse tu nak campak mane..
 p/s-selamat beramal…

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment