BERITA : 50% DISKAUN TOL CHERAS-KAJANG

by 9:54 AM 0 comments

Mansuh tol 50 peratus
Masalah kadar bayaran tol di Lebuhraya Cheras-Kajang yang dikatakan membebankan pengguna laluan itu berakhir malam tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penghapusan sebanyak 50 peratus daripada kadar sedia ada.
Bermula jam 12 tengah malam, kerajaan menghapuskan kutipan tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan 90 sen menghala ke Kajang di Plaza Tol Batu 11.

Dengan pengumuman ini, pengguna yang kerap merungut hanya membayar sebanyak RM1.90 berbanding RM3.80 setiap kali berulang- alik ke Kuala Lumpur dan Kajang, sebelum ini.

Najib berkata, selepas isu itu dibangkitkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz tahun lalu, beliau mengarahkan Kementerian Kerjaraya menjalankan kajian berhubung kutipan tol di dua plaza tol berkenaan.

“Isu ini bukan pihak lain yang bawa tetapi BN yang perjuangkan. Kami sedar ramai pengguna dibebani pembayaran tol terutama mereka yang berulang-alik antara Kajang dan Kuala Lumpur dua atau tiga kali sehari.

“Saya ingin umumkan bermula jam 12 tengah malam ini (malam tadi) kerajaan bersetuju menghapuskan kutipan tol hala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan menghapuskan kutipan tol di hala ke Kajang di Plaza Tol Batu 11,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Cina) Bandar Sungai Long, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong; Pengerusi BN Hulu Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Jeffry Lee Ban Seng.
Perdana Menteri berkata, dengan pengumuman itu, ia memberi kelegaan kepada 120,000 pengguna lebuh raya kendalian Grand Saga itu.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment