BERITA : BEKAS PM ICELAND HADAPI DAKWAAN JENAYAH

by 9:59 AM 0 comments

Geir Haarde

Bekas Perdana Menteri Iceland, Geir Haarde, 61, berdepan perbicaraan semalam sebagai pemimpin dunia pertama didakwa secara jenayah berhubung krisis kewangan pada tahun 2008 yang menyebabkan dunia berada di ambang kejatuhan ekonomi. 

Haarde menjadi simbol kegagalan ekonomi bagi penduduk Iceland yang kehilangan kerja dan rumah selepas bank komersial utama negara itu runtuh, menyebabkan mata wangnya menjunam dan inflasi memuncak.
Beliau dituduh cuai kerana gagal menghalang kejatuhan nilai kewangan yang masih mencengkam negara kecil itu.
Bekas Perdana Menteri itu menyangkal semua tuduhan, menyifatkan ia pendakwaan politik dan menegaskan dia akan didakwa apabila muncul di Landsdomur, mahkamah khas yang bersidang buat kali pertama dalam sejarah Iceland untuk membicarakannya. 

Pakar perundangan berkata, beliau mempunyai peluang cerah untuk menang terhadap semua dakwaan kerana kekuatan pasukan peguamnya, mendapat simpati kerana bersendirian menanggung kesalahan dan kerana struktur mahkamah yang mempunyai kecacatan apabila membenarkan ahli parlimen, bukan peguam untuk mengenakan dakwaan. 

Dalam krisis itu, ketika kadar pengangguran dan inflasi memuncak, ramai mencari sebab untuk dipersalahkan di atas kekacauan di negara dengan 330,000 penduduk itu. Arus bantahan penduduk memaksa Haarde meletak jawatan pada tahun 2009. 

Sebahagian berpendapat masalah kewangan Iceland dikaitkan dengan krisis global dan kerajaan tidak dapat meramal atau menghalangnya. Namun laporan Parlimen yang meletakkan kesalahan di atas bahu Haarde dan kerajaannya, berkata pegawai kekurangan kuasa dan keberanian untuk menetapkan had munasabah kepada sistem kewangan. 
Terpulang kepada ahli perundangan sama ada untuk mendakwa pegawai terbabit. Selepas perbahasan sengit, Haarde dirujuk kepada mahkamah khas. 

“Keseluruhan senario ini menunjukkan apa yang kita perlu untuk mengubah sistem,” kata profesor undang-undang di Universiti Iceland, Robert Spano.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment