BERITA : DIPECAT SELEPAS BEDAH HIDUNG

by 10:45 AM 0 comments
GAMBAR Anwar al-Balkimy sebelum menjalani pembedahan (kiri) dan ketika beliau terlantar di hospital.
GAMBAR Anwar al-Balkimy sebelum menjalani pembedahan (kiri) dan ketika beliau terlantar di hospital.
Ahli parlimen Mesir didapati bersalah buat pembedahan plastik

KAHERAH: Seorang ahli parlimen parti Islam paling konservatif di Mesir meletak jawatan di parlimen kerana menipu selepas menjalani pembedahan hidung, mendakwa kecederaan di wajahnya yang berbalut adalah akibat dipukul selepas keretanya dilarikan.
Anwar al-Balkimy yang mewakili parti Al-Nour, manakala anggotanya dikenali sebagai Salafi yang terkenal tegas dalam mematuhi ajaran Islam yang melarang pembedahan kosmetik kerana ia mengubah ciptaan Allah.
Parti itu berkata kelmarin bahawa al-Balkimy sudah meletak jawatan dan Al-Nour dipaksa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf yang memalukan parti itu.

“Berikutan insiden yang amat dikesali membabitkan ahli parlimen parti Al-Nour, Anwar al-Balkimy, ketua parti, Emad Abdel-Ghafour, pergi ke hospital dengan sepasukan anggota parti untuk menyoal beliau,” katanya. 

Parti menambah bahawa ia mendapati dakwaan serangan ke atasnya tidak benar.
Jurucakap Al-Nour, Nader Bakar dipetik dalam laman rasmi kumpulan itu di Facebook berkata al-Balkimy dipecat daripada parti.

“Berdasarkan apa yang dikatakan pihak berkuasa hospital, kami memutuskan memecatnya daripada parti. Beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya,” kata Bakar, menambah bahawa al-Balkimy memohon maaf.

“Kami cuba membawa nilai sosial baru dalam politik berdasarkan prinsip Islam,” beliau menambah. “Al-Balkimy mungkin mengalami gangguan emosi.”

Media tempatan sejak beberapa hari lalu menyiarkan gambar al-Balkimy yang berbalut teruk sehingga hanya mata, mulut dan dagu berjambang kelihatan.

Media Mesir melaporkan, al-Balkimy mendaftar masuk di sebuah hospital di sini 28 Februari lalu untuk menjalani pembedahan plastik pada hidungnya manakala pada hari berikutnya beliau mendaftar di hospital kedua, di mana doktor berkata beliau mendakwa dipukul dan dirompak.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment