BERITA : ISTERI BUNUH SUAMI SEBELUM BUNUH DIRI

by 11:52 AM 0 comments

Isteri tikam suami sebelum cuba bunuh diri

TELUK INTAN 11 Mac - Tidak tergamak melihat suaminya hidup menderita dipercayai menjadi punca seorang isteri membunuh suaminya yang terlantar sakit akibat lumpuh sebelum cuba menikam dirinya sendiri di rumah pasangan itu di Taman Eastern Garden di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, Koo Ching Kiong, 74, ditemui mati di atas katil dalam sebuah bilik di rumah itu dengan kesan luka di leher.

Isterinya, Chiang Mooi Chai, 71, pula ditemui berlumuran darah dengan gunting terpacak di leher dan sebilah pisau kecil di perut, dipercayai cuba membunuh diri.

Mooi Chai yang parah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian itu disedari menantu pasangan itu, Soo Kam Hon, 46, yang tinggal bersama setelah menyedari pintu bilik tersebut tidak tertutup rapat.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment