BERITA : KES NIRMALA BONAT - MAJIKAN JALANI RAWATAN PSIKITARI

by 9:41 AM 0 comments

Buat kali kedua, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pendakwa raya agar waran tangkap dikeluarkan terhadap Yim Pek Ha ekoran kegagalan suri rumah itu hadir pada prosiding rayuan kerana kesalahan mencederakan bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Linton Albert hari ini sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keadaan kesihatan wanita itu tidak membenarkannya hadir ke mahkamah.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan menerima dan menghormati penjelasan Pakar Perunding Psikiatri, Profesor Madya Dr. Subash Kumar Pillai yang merawat Pek Ha bahawa wanita itu memerlukan rawatan berterusan kerana sering mengalami gangguan fikiran menyebabkannya mempunyai ingatan secara pasif untuk membunuh diri.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment