BERITA : PERKAHWINAN SEJENIS DIANGGAP GILA

by 9:13 AM 0 comments

LONDON 4 Mac - Seorang pemimpin kanan Katolik menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britain, David Cameron untuk membenarkan perkahwinan sejenis sebagai 'gila'.

Kardinal Keith O'Brien turut menggelar tindakan itu sebagai 'subversif keterlaluan ke atas hak asasi manusia yang telah diterima secara universal'.

Kardinal O'Brien, 73, yang merupakan pemimpin Katolik Scotland menuduh kerajaan Britain cuba 'menetapkan semula kenyataan' dan mengubah tradisi yang telah lama dipegang, hanya kerana tuntutan daripada kumpulan aktivis minoriti.
"Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibu dan ayah untuk setiap anak," katanya.
Kardinal O'Brien turut menuduh menteri-menteri Britain menunjukkan 'sikap tidak bertoleransi' dan membuat rancangan yang akan 'memalukan' United Kingdom.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment