BERITA : PROSIDING BLOGGER HINA MAHKAMAH

by 9:44 AM 0 comments
Prosiding komital terhadap penulis blog yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim atas dakwaan menghina mahkamah, ditangguhkan sehingga 27 April depan.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan prosiding itu ditangguhkan setelah peguam Siva Krish yang hadir bagi pihak Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam utama, memohon penangguhan.

Sementara itu, peguam Latheefa Koya yang mewakili Amizudin memberitahu pemberita, pihaknya tiada bantahan untuk prosiding yang sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof, ditangguhkan.
Rais, 70, memfailkan permohonan itu kerana mendakwa penulis blog itu telah melanggar perintah mahkamah dalam satu kes saman sivil yang dihadapinya.

Menteri Kabinet itu mendakwa, Amizudin telah melanggar perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah beliau menerusi satu artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Pada 21 November 2011, Rais memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Amizudin, 43, berhubung penghakiman mahkamah tersebut ke atas saman yang difailkan oleh Menteri Kabinet itu pada 31 Januari tahun lalu.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment