BERITA : SAINTIS RAMAL TOKYO BAKAL DILANDA GEMPA BUMI BESAR

by 10:19 AM 0 comments
Setahun selepas satu daripada tragedi gempa bumi terbesar yang direkodkan dalam sejarah berlaku, saintis Jepun memberi amaran terbaru, Tokyo mungkin dilanda gempa yang membunuh ribuan orang dan menyebabkan kerosakan teruk.


Tokyo yang menjadi kediaman kepada 35 juta penduduk telah menyaksikan peningkatan tiga kali aktiviti tektonik sejak gempa bumi berukuran 9.0 magnitud di dasar laut yang mencetuskan ombak tsunami Mac tahun lalu.

Setiap hari secara purata hampir 1.5 gempa direkod di sekitar bandar raya itu, satu daripada yang paling padat penduduk di dunia. Bagaimanapun, penduduk Tokyo sudah biasa dengan gegaran ketika berada di katil atau meja hingga majoriti penduduk melaluinya tanpa sebarang aduan.




Bandar raya itu tidak diragukan ialah satu daripada tempat paling kalis gempa di dunia. Malah, gempa gergasi pada 11 Mac tahun lalu yang melanda 370 kilometer dari Tokyo menyebabkan kerosakan kecil. Pengangkutan awam menjadi kucar-kacir buat sementara waktu menyebabkan ribuan orang terperangkap, tetapi tiada bangunan runtuh dan tiada kecederaan dalam skala besar.

Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo berkata, bandar raya itu dibina di persimpangan empat plat tektonik mempunyai peluang 50 peratus dilanda gempa besar - berukuran lebih 7.0 magnitud dalam tempoh empat tahun akan datang.


“Kami perlu bersiap sedia dengan kejadian gempa yang akan berlaku,” kata Pengarah Eksekutif agensi Jepun milik kerajaan untuk Sains dan Teknologi Marin-Bumi, Asahiko Taira. 

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment