BERITA : TANGAN MANGSA ULAR MUNGKIN DIKERAT

by 9:55 AM 0 comments
 
Akibat lambat disuntik penawar kerana tiada bekalan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selepas dipatuk ular tedung selar betina kelmarin, tangan kiri penjinak haiwan, Mohd Sabron Jamil, 24, berkemungkinan terpaksa potong. 

Semalam, Mohd Sabron menjalani pembedahan untuk membuang bahagian daging yang gengren akibat bisa reptilia yang dinamakan Hana itu.

Bapanya, Kamarudin Abdullah, 56, berkata anaknya selamat menjalani pembedahan jam 4.30 petang semalam dan doktor pakar memaklumkan ia untuk membuang daging di tangan kiri yang rosak.
Katanya, doktor memaklumkan kecederaan dialami anaknya parah dan kemungkinan besar terpaksa memotong tangan kirinya. 

“Doktor kata, lengan kiri anak saya parah sehingga mengakibatkan daging yang rosak perlu dibuang untuk mengelak jangkitan bisa ke bahagian lain serta membahayakan nyawanya,” katanya. 

Kamarudin turut kesal HTAA tidak mempunyai penawar untuk merawat bisa patukan ular tedung selar. 

Mohd Sabron yang bertugas di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dipatuk ular tedung itu ketika membersihkan sangkar reptilia itu di Zoo Taman Teruntum, di sini, Sabtu lalu. 
Dia dibawa ke HTAA dalam keadaan tenat dan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum disuntik penawar antivenom yang dibawa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Mengulas mengenainya, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Noraini Baba mengesahkan antivenom untuk ular tedung selar tidak disimpan di HTAA kerana ia dalam senarai kawalan dan hanya boleh didapati di hospital tertentu. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun, berkata berkata akan mencadangkan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, supaya stok vaksin berkenaan disimpan di HTAA bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment