MY DIARI : SEKIAN LAMA..

by 2:10 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Wah rasanya dah berbulan tak berblogging oleh kerana kebizian melanda dari sebelum kahwin sampai la lepas kahwin. Baru ni rasanya free nak berblogging balik.
 
Meh nak story mory sket. Oleh kerana kelmarin tak dapat tidur sempurna dek anakku demam, hari semalam balik kileje je terus pengsan tertido sesambil menidokan anak. (hahaah alasan nak tidur sebenarnya)

Bangun tido je perut terasa lapar. Nasib encik asben rajin tolong gorengkan ayam dan masak nasi. So, bagi nak menambah perisa ayam ni, saya telah memasak halia versi suka hati saya la.. (saya bukanlah pandai memasaka sebenarnya.. dek kerana mak ayah pandai memasak n suka conquer dapur.. lagi sekali alasan membina untuk tak rajin ke dapur, ok ke tidak?.. hehehe )

Inilah Ayam Masak Halia saya.. ada bawang ropol-ropol lagi...

Nak tau cara memasak ke? Ini versi saya yang masak campak-campak je. Barang-barang yang diperlukan kat dapur korang ialah :

1. Ayam yang sudah siap digoreng. (Kan senang dah goreng, takde la panjang entry saya ni kan? hehe
2. 2 sudu minyak masak
3. 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
4. Bawang Merah (dihiris halus) 
5. Halia (dihiris halus memanjang)
6. Lada Merah (potong dua je)
7. Sos perasa
8. Sos tiram
9. Kicap Manis

CARA-CARANYA IALAH :

1. Baca basmallah dan niat nak masak dengan penuh kasih sayang. Compom sedap. :)
2. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan, bawang merah, lada merah dan halia sampai naik bau
3. Masukkan air seteguk, masukkan sos perasa, sos tiram, kicap manis. 
4. Agak-agak sampai mendidih masukkan ayam. Kalau korang nak pekat, tak yah tambah air, kalau nak berkuah, tambah la air.. then xpayah la letak garam. Sos tiram tu dah masin kot. Ikut lidah korang la kan.
5. Kalau rajin hiasla dengan bawang ropol-ropol tu. :)

Dah siap!! senangkan.?? Selamat mencuba.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment