DIARI : CERITA PUNYA CERITA

by 5:32 PM 0 comments

السلام عليكم

Meh nak story mory citer 2 3 bulan ni memandangkan kebz'an x sempat nk share...

Mungkin ramai yang nak tahu kenapa saya boleh terpilih dlm pengacara SP1M ni. Sebenarnya tahun lepas saya ada buat program "Car Boot Sale for Gaza". Memandangkan ini program sulung saya lakukan dengan kerjasama Lanun Bikers, SF Cafe & Bistro, Aman Palestin, Usrah Fitrah, IKIMfm.. saya cuba mencari inisiatif untuk mempromosikan program amal ini. 


Alhamdulillah, IKIMfm sudi beri kerjasama dan bahagian PR IKIM juga turut membantu memberi contact utk saya uruskan promosi program. Alhamdulillah, dlm semua senarai media, Selamat Pagi 1Malaysia menjemput sy hadir ke program tersebut untuk mempromosikn pgram ini. Saya datang bersama kak Aida Rahim.

Tengah promosi program bersama Yatt Hamzah di IKIMfm

Di Studio 2, RTM. Nampak tak? mata saya merah sama macam baju kan?
Bersama pengacara Hanie Hamid dan Kak Aida Khalida di Set A.
Malangnya pada hari tersebut saya demam panas dan 42c tapi saya lawan dan cuba untuk terus berjuang mempromosikan program ni. Saya dtg ni hari Jumaat, 28 Disember 2012. Program esoknya 29 Disember 2013. Masa ni sy dah plan print poster n duit dari jual poster n artis-artis yg sign ni, sy nak bagi token utk artis dan masuk tabung Gaza. Huhuuh. Beratus jugak kos printing poster tu. Malangnya esok demam saya tak surut-surut. Dan di hari kejadian saya dah muntah-muntah n terus dikejarkan ke KJMC. Saya x dapat stay hingga habis program. Program yang berlangsung dari 7 pagi sampai 9 mlm, saya dapat bertahan sampai pkul 2. Maka warded la saya di KJMC. Oleh kerana KJMC bukan panel IKIM, sy pun di transfer lah ke Hospital Al-Islam Kg. Baru. 

Sekitar program berlangsung. Masa ni saya dah tenat melawan sakit.
Namun dlm perjalanan saya ke Hospital Al-Islam tu (naik keta sendiri je,asben drive... naik ambulan 600 hengget ok.. rugi rugi.. baik simpan kan?) saya dapat perkhabaran gembira bahawa program amal itu dapat mengumpul dana sebanyak RM 14,113.00. Saya budget dalam 5k - 10k je. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... walaupun ralat xdapat stay program sampai habis. Yang ralat juga, poster saya n asben print  tak terjual sebab krew masing-masing bz dengan task masing-masing..(modal pun x dapat). Apapun tahniah pada my team Lanun Bikers dan semua peniaga yang ikhlas sehabis tenaga membantu Gaza ni. Malam tu juga wakil Aman Palestin datang dalam Majlis Penyerahan dana terkumpul itu.

Oppss.. lupa nak cite.. hasil demam 42c tu rupanya saya terkena jangkitan kuman dalam darah. Hazabbbb bila kena masuk antibiotik tu ok.. sebab molekul-molekul antibiotik tu besar.. rasa mcm kena cubit pulas-pulas je... 

Besar x? ha kan... Dua jengkal srynge ni okey...
Lebih kurang seminggu juga saya di Hospital ni. Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang melawat. Keluarga, sanak saudara, kawan-kawan opiz ida, siti rohani, bestie ku liz dan syamil, kak aida rahim dan tak lupa suami tercinta.


Dari kiri - kak cena (kakak ipar), mama dan Kak Aida Khalida. yang pakai spec tu saya la.
 Jangan buat xknal pesakit pulak ye. hahahaha

Coklat tu kak Aida Khalida yang bagi.. ni bestie yg sentiasa ada disisi. Pn.Liz  

Sempat lagi cik abang suap jambu.
 Dan.... nak jadi cerita, penerbit tu tengok saya boleh bercakap promosi program amal tu la sebab saya dipelawa untuk menjadi pengacara. Tapi bukanlah smudah disangkan. setiap hari saya berlatih bersama rakan-rakan lain utk biasakan diri bercakap depan kamera disamping pelbagai isu yang perku dikupas.



Latihan compere di Set C

Ni masa audition lagi bulan 1

Lepas audition, then traning sebulan lebih. Baru saya dan beberapa rakan lain terpilih untuk menjadi Host dalam SP1M. Bukan senang sebenarnya sebab rancangan ini Live. Kalau record, saya percaya semua orang pon boleh buat. Saya sendiri pun masih banyak yang perlu belajar.. Hikmahnya, walaupon saya rugi beratus untuk print poster, tapi rupanya Allah bagi rezeki untuk mengacara.. cantik kan susunan kehidupan yang Allah swt dah aturkan.. 

Minggu lepas saya dan sahabat-sahabat pengacara sudah mula photoshoot utk memperkenalkan pengacara baru dalam Selamat Pagi 1Malaysia. Harap gandingan kami bersama senior akan memberi evolusi baru kepada RTM. Kami akan mula bersiaran pada bulan Mac 2013 ini. Insyaallah.. 





Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment