BERITA : 13 ANAK YATIM MAUT TERBAKAR

by 9:50 AM 0 comments
  • Foto
    ORANG ramai mengusung jenazah salah seorang kanak-kanak yang terbunuh akibat kebakaran di sebuah masjid di timur Yangon untuk upacara pengebumian semalam. - Foto REUTERS
  • Foto
    SEBAHAGIAN jemaah tidak dapat menahan sebak ketika menunaikan solat jenazah. - Foto AFP
Litar pintas punca kebakaran di masjid yang menempatkan sekolah agama

Yangon: Beribu-ribu umat Islam di Myanmar menghadiri upacara pengebumian 13 pelajar lelaki anak yatim yang terkorban apabila sebuah kompleks masjid yang menempatkan sekolah agama di timur Yangon, terbakar awal pagi semalam, dipercayai akibat litar pintas. 
Ramai diantara jemaah juga tidak dapat menahan sebak ketika solat jenazah diadakan sebelum upacara pengebumian. 

Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah” Soe Myint, Anggota jawatankuasa masjid

“Tiga belas kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah agama di pinggir Yangon. Kami mengesyaki ia akibat litar pintas. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran.

Penggunaan voltan tinggi

“Siasatan mendapati kebakaran disebabkan penggunaan elektrik voltan tinggi,” kata seorang pegawai polis di tempat kejadian.

Anggota jawatankuasa masjid, Soe Myint, berkata kebanyakan kanak-kanak yang tidur di tingkat bawah berjaya menyelamatkan diri. 
“Bagaimanapun 16 daripada mereka tidur di bahagian serambi kecil dan terperangkap apabila tangganya terbakar. Tiga kanak-kanak berjaya melompat dan terselamat tetapi 13 lagi terbunuh,” katanya.

Soe Myint berkata, beliau turut mengangkat mangsa keluar dari masjid dan tidak percaya kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah,” katanya yang mendesak siasatan terperinci dijalankan.
Pasukan Polis Myanmar melaporkan dalam ruangan rasmi Facebook bahawa mangsa maut akibat melecur atau terhidu asap.

Polis turut dipanggil untuk meredakan keadaan dan berjanji menubuhkan jawatankuasa dianggotai pemimpin Islam bagi menyiasat punca kejadian selepas sekumpulan penduduk yang berang berkumpul di tempat kejadian mendesak siasatan dilakukan.

Foto

Kelas musim panas

Bangunan itu menempatkan sebuah masjid dan sekolah agama di mana kanak-kanak tinggal ketika mengambil kelas musim panas. Kira-kira 75 anak yatim sedang tidur di masjid berkenaan ketika kejadian berlaku.

Tahap piawaian keselamatan kini teruk di Myanmar, negara miskin yang baru keluar daripada pemerintahan tentera sejak lebih enam dekad.

Keganasan agama bermula 20 Mac lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 43 maut manakala masjid dan rumah dibakar di beberapa bandar di tengah negara itu, menyebabkan kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung.

Konflik itu memberi cabaran besar buat Thein Sein, yang memenangi pujian antarabangsa atas usaha pembaharuan sejak mengambil alih kepemimpinan dua tahun lalu.

Keadaan agak tenang sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas bekas jeneral itu Khamis lalu, berazam bahawa maklum balas tegas berhubung keganasan yang mendakwa ‘ahli politik mengambil kesempatan dan pelampau agama.’

Keganasan agama yang membabitkan penduduk Buddha dan Islam di negeri barat Rakhine tahun lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 180 orang terkorban.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment