BERITA : 500, 000 PENDUDUK KL, SELANGOR BERDEPAN MASALAH AIR SEMINGGU

by 10:12 AM 1 comments

500,000 terputus bekalan air

BONGKAH penapis air yang roboh menimpa saluran paip air sehingga pecah di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak dekat sini kelmarin.
Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji berkata, saluran paip berukur lilit 200 sentimeter yang mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.
"Hujan lebat malam tadi (kelmarin) menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut.
"Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah," kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian semalam.
Menurut Yusof, kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air hanya akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.
Paip itu membekalkan bekalan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. cerita Kuantan n Pekan yg dah sebulan xde air, tak pernah plak nak siarkan. aduhai....media Malaysia

    ReplyDelete