BERITA : GUAN ENG SERAH KERETA KERETA RASMI

by 9:18 AM 0 comments
POLITIK
Guan Eng serah kereta rasmi
9 April 2013

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama 10 Exco Kerajaan Negeri menyerahkan kenderaan rasmi mereka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Farizan Darus berikutan pembubaran Dun Jumaat lalu.

Selain Guan Eng dan 10 exco lain turut berbuat demikian adalah Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik menjadikan jumlah keseluruhan 12 kenderaan rasmi diserahkan kepada Farizan.

“Penyerahan kunci kenderaan rasmi ini turut melibatkan Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta barisan exco dan Setiausaha Politik Ketua Menteri,” katanya kepada media selepas menyerahkan kunci kenderaan rasminya semalam.

Menurutnya, selepas penyerahan itu, beliau serta kesemua exco akan menggunakan kenderaan persendirian untuk bergerak sama ada untuk majlis rasmi mahupun berkempen.

“Tindakan ini menunjukkan integriti yang kita pegang walaupun kita hanya pemegang amanah ketika ini berikutan pembubaran Dun baru-baru ini. Kenderaan yang diberikan perlu digunakan dengan betul, untuk majlis rasmi, bukan untuk berkempen atau
urusan parti. Kita mesti jujur dalam menggunakan harta rasmi kerajaan negeri,” katanya.

Guan Eng berkata, walaupun menggunakan kenderaan sendiri, perkhidmatan pemandu serta pengawal peribadi masih diteruskan, namun hanya bertugas mengikut waktu pejabat serta urusan rasmi.

Menjawab soalan media berhubung kereta yang akan digunakannya, Guan Eng berkata, beliau berkemungkinan akan meminjam kereta daripada rakannya berikutan mendakwa hanya mempunyai dua buah kereta.

“Mungkin saya akan pinjam kereta rakan saya berikutan kereta saya digunakan isteri serta anak sulung saya. Walau bagaimanapun, ini hanya perancangan, belum diputuskan lagi.

“Saya memberi keutamaan kepada anak serta isteri yang lebih memerlukan kenderaan untuk menghantar serta menjemput anak saya,” katanya.-sn

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment