BERITA : KEKAYAAN KELUARGA ANWAR IBRAHIM TIDAK MENGEJUTKAN - SIDEK BABA

by 9:45 AM 0 comments
Prof. Datuk Dr. Sidek Baba


Tokoh akademik dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak terkejut dengan pendedahan beberapa blog mengenai aset bapa Ketua Pembangkang, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Menurut Sidek, ini adalah kerana beliau sedia maklum tentang kekayaan serta pemilikan saham, selain pelantikan Ibrahim sebagai ahli lembaga dalam berpuluh syarikat.

Pada masa sama, cerita berkait moral dan integriti Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berada dalam tangannya selepas membuat kajian selama tiga tahun.

"Saya mengkaji seluruhnya mengenai keluarga Anwar dan memang saya sedar mengenai perkara itu, bukan setakat soal saham (membabitkan Ibrahim) tapi hal-hal yang lain," katanya pada sidang akhbar Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa laman blog yang mendakwa bapa Anwar memiliki saham di 20 buah syarikat dan menjadi ahli lembaga pengarah di 50 buah syarikat lain ketika anaknya menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Sidek yang juga bekas sahabat karib Anwar selama lebih 30 tahun berkata, walaupun sedar mengenai kekayaan Ibrahim, namun beliau memilih untuk tidak menjatuhkan sebarang hukuman kerana bukan sifatnya bertindak tanpa sebarang fakta lengkap.

Hal yang sama, jelas Sidek, berlaku dalam usaha beliau mengkaji kebenaran mengenai salah laku moral serta integriti Anwar selama tiga tahun.

Sepanjang pencarian kebenaran itu, Sidek menemu bual 28 saksi hidup sebelum membuat keputusan meninggalkan ketua pembangkang itu.
Aku Kayoo! Hahaaha. Kau ado??

"Saya mengkaji dan mengutip pengalaman serta pendedahan mereka yang sangat rapat dengan Anwar.
"Saya tidak kutip begitu sahaja, saya orang akademik dan pendakwah. Saya mengkaji sebelum meninggalkan Anwar kerana untuk menjadi pemimpin perlu ada kredibiliti," katanya.







Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment