BERITA : MASIH ADA PENDUDUK SINGAPURA BUANG AIR KECIL DALAM LIF

by 9:22 AM 0 comments
Kemudahan lif di perumahan awam di negara ini kadangkala masih digunakan sebagai tandas sehingga menimbulkan kemarahan penduduk walaupun pemerintah telah menjalankan kempen untuk membasmi tabiat buruk itu sejak sekian lama, lapor akhbar Sunday Times semalam.
Akhbar itu melaporkan, sebuah majlis perbandaran baru-baru ini telah bertindak menampal notis amaran dengan menunjukkan imej seorang wanita sedang membuang air kecil dan seorang lelaki sedang merokok di dalam lif bagi mengatasi masalah tersebut.
Gambar-gambar itu sebelum ini telah dirakamkan menerusi kamera litar tertutup.
Pihak Majlis Perbandaran Tampines menyatakan, jika perbuatan itu masih berlaku, ia akan menyiarkan wajah gambar para pesalah tanpa dikaburkan dan mereka bakal didakwa di bawah Akta Kesihatan Awam Alam Sekitar.
Akhbar itu turut melaporkan, bau air kencing dan asap rokok di dalam lif merupakan masalah yang sering berulang dan perbuatan tersebut boleh berleluasa.
"Kadangkala terdapat juga najis manusia," kata suri rumah Jo Neo, 40, kepada akhbar itu.
Laporan itu berkata, denda bagi mereka yang merokok di tempat awam di negara ini ialah sebanyak S$200 (RM492) manakala kesalahan membuang air kecil melibatkan S$150 (RM369).
Bagi pesalah berulang, mereka boleh dihadapkan ke mahkamah.
Sebanyak 80 peratus penduduk Singapura tinggal di apartmen yang dibina pemerintah kerana negara ini mengalami masalah kekurangan tanah.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment