AGAMA : INDAHNYA SUARA SHARIFAH KHASIF

by 10:02 AM 0 comments
Mungkin kerana kesibukan saya sendiri membuatkan saya sendiri terlepas pandang tentang kelahiran album Sulung Sharifah Khasif.


Sejak dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa pada 2009, Sharifah Khasif menyimpan impian untuk menghasilkan sebuah album qasidah bagi memperkenalkan dan menarik minat masyarakat khususnya golongan muda kepada seni Islam itu.

Impian personaliti televisyen wanita yang kefasihannya membaca Al Quran mendapat pengiktirafan para Sheikh Mesir dan Yemen itu akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran album sulung beliau iaitu Al Husna pada 27 Jun lepas.

Menurut Sharifah, beliau tidak menghasilkan album sebelum ini kerana menunggu masa yang sesesuai selain mencari komposer yang berkeupayaan untuk menghasilkannya.

Al Husna yang diterbitkan oleh syarikat milik beliau, SharifahKhasif Production ini turut mendapat sentuhan komposer terkenal, Yasin Sulaiman sebagai penerbit.

Album yang memuatkan enam buah lagu qasidah ini mula dipasarkan pada 28 Jun lepas.


Jom dengar kemerduan suara beliau sambil kita menghayati maknanya..


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment