BERITA : WANITA GIGIT POLIS ELAK DITAHAN

by 3:06 PM 0 comments
Wanita gigit polis elak ditahanSebahagian daripada 25 wanita yang ditahan di restoran di Jalan Pudu , Kuala Lumpur, semalam.
Suspek dipercayai pelacur diberkas dalam operasi di Jalan Pudu

Seorang wanita dipercayai pelacur nekad menggigit lengan kanan Ketua Unit Maksiat (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrulnizam Jafar, bagi mengelak ditahan dalam operasi di Jalan Pudu, di sini, semalam.

Bagaimanapun, warga asing berusia lewat 20-an itu sempat ditahan pegawai berkenaan dalam operasi kira-kira jam 3 petang itu. 


Shahrulnizam yang mengetuai operasi berkata, seramai 24 wanita warga China dan seorang warga Indonesia ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral di restoran berkenaan.

“Kita turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 30 tahun dan 40-an yang dipercayai menjadi ‘bapa ayam’, selain merampas wang tunai RM5,000.

“Siasatan awal mendapati wanita ini menyasarkan pengunjung di beberapa restoran berdekatan yang sebahagian besarnya warga tua dan dikenakan bayaran RM150 bagi setiap perkhidmatan seks.

“Ada antara ‘bapa ayam’ ini menggunakan walkie talkie bagi berhubung sesama mereka, dipercayai untuk mengelak daripada ditahan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 
Shahrulnizam berkata, 14 daripada wanita warga asing yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya, mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1963 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment