KESIHATAN : LEBIH 18,000 KESIHATAN TERANCAM

by 11:24 AM 0 comments
Lebih 18,000 kebanyakannya golongan belia terdedah dengan ancaman kesihatan yang serius termasuk boleh membawa kematian gara-gara penggunaan steroid hanya kerana hendak tampil menarik dan berotot.

Lebih malang sebahagian besar daripada mereka langsung tidak menyedari kesan sampingan pengambilan ubat terkawal itu apatah lagi tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor atau pakar.

Malah ada yang berani menyuntik sendiri menerusi bantuan rakan-rakan sekali gus boleh menyebabkan jangkitan kuman dalam darah atau lumpuh sekiranya suntikan yang berasaskan minyak termasuk ke dalam salur darah.

Seorang penasihat latihan profesional, Ahmad Zaki Jinlapudin yang menyifatkan perkara itu sebagai ‘kerja gila’ sebenarnya boleh menyebabkan ramai yang kini berisiko diserang sakit jantung, kerosakan hati dan darah tinggi secara senyap.

Menurut beliau yang berpengalaman luas selama 10 tahun dalam bidang bina badan dan kecergasan, dianggarkan separuh daripada mereka yang ke gimnasium yang asalnya untuk tujuan kesihatan terjebak dengan penggunaan steroid.

“Hasil maklumat dan pemerhatian, saya anggarkan separuh daripada ahli pusat kecergasan atau gimnasium menggunakan steroid. Kalau berdasarkan 300 gimnasium komersial dan 60 gimnasium rakyat di seluruh negara dengan anggaran 100 orang ahli setiap gimnasium, ini bermakna 18,000 orang khususnya belia menggunakan steroid tanpa menyedari tentang risikonya.

“Lebih malang ada yang mengambilnya kerana telah diterapkan oleh ahli gimnasium senior kononnya badan boleh cepat berotot.

“Disebabkan terpengaruh, ramai ahli gimnasium baharu mengambilnya menerusi pil dengan harga serendah 50 sen sebiji atau suntikan yang kosnya mencecah ribuan ringgit," katanya yang pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

Beliau yang juga dikenali sebagai Zaki Khan memberitahu, penyalahgunaan steroid yang tidak diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1953 sebaliknya di bawah Akta Farmasi 2010 memperuntukkan denda maksimum RM25,000.

Maka, sebab itu Ahmad Zaki percaya, ramai yang berani menyeludup masuk steroid dari negara jiran melalui sempadan apatah lagi harganya akan berlipat kali ganda sebaik sahaja sampai di Malaysia.

Tambahnya, kemudahan internet dan laman sosial turut menyumbang penularan penggunaan steroid apabila ubat terkawal itu dijual bebas dalam talian dan laman sosial seperti blog dan Facebook.

“Ini jelas terbukti apabila wujudnya blog menjual pelbagai jenis steroid untuk membesarkan badan dan memiliki badan yang berotot," ujar beliau yang merupakan Pengarah Urusan ZK Dinamik Sdn. Bhd.


Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment