Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts
8 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)
HARI KELIMA

Hari ni kite continue buat Part 16.17,18, 19 dan 20.

PART 16 - Senang je, Buat MOTOR LAUNCH dengan pasang HIGHLINE POST je.

PART 17 - Yang ni paling saya nak mengamuk. wuhuuuhu susah kot.. kene buat MAIN MAST.. dah la halus.. susah pulak tu nak melekat.. Last-last part ni KIV je...

PART 18 - Sepatutnya kena pasang MAIN MAST tadi dekat Deck Assembly.. dah tak dapat nak buat kita jump je la Part 19 yea..

PART 19 - Kena buat DISCONE CAGE ANTENNA.. Yang ni nampak senang.. tapi susah jugak sebab kalau pakai stick halus-halus memang susah nak gam..

Tapi semua ni tak tangkap gambar sebab tension susah nak jadi. Saya terus je part 20...

PART 20 - Kena pasang HELICOPTER DECK dengan SEAHAWK.


Disebabkan toolbox tak bawa hari ni.. So sampai sini je kerja-kerja pembuatan Kapal ni. Masa yang ada, kita cat and modifight mana yang patut... ahhaha amacam lawa tak? 









6 NOVEMBER 2013 (RABU)
HARI KETIGA

Macam saya ceria tadi kat episod 4, hari ini adalah hari yang sangat gigih.. ahhaha so sambung buat part 7,8,9,10 dengan 11.

Part 7 - Kena buat MK.37 DIRECTOR (4 ketul)
wooooo part ni paling menguji kesabaran... komponen dia geli kecik... asyik lari la, terjatuh la, tak nak melekat la.. haduiiii


Ha yang macam piring Astro tue la MK.37 Gun Director. Nampak macam besar je dalam gambar kan.. sebenarnya seketul benda tu setengah inci je. Dan yang best lagi nak pasang benda tu sampai jadi cenggitu kena ada 6 komponen. So boleh bayangkan tak betapa halus dan keciknya benda alah ni.


Part 8 - Pasang Bridge Base dekat Center Desk Assembly 

Part 9 - Pasang Turret No.2 (tapi yang ni saya tak buat lagi sebab nak cat bagi lawoo-lawoo dulu..)


Part 10 - pasang pulang Fore Tunnel. Nampak je simple macam gambar bawah ni. Padahal nak siap benda ni kene pasang 9 komponen. Tapi okeyla senang je Nak pasang cuma Komponen No.B.24 je saya tengah potong dengan cutter patah.. Hahahha cik asben bukan perasan pun.. senyap sudah... haha


Dah siap part tu, saya buat pulak Upper Bridge, yeah! benda ni pun senang je nak pasang.. cepat je siap..

Part 11 - Gabungkan semua komponen tadi MK.37 GUN DRIRECTOR, UPPER BRIDGE dan juga FORE TUNNEL... Inilah hasilnya....



Setakat itu je hari ni.. Sambung buat esok pulak... 



  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  3. Memuliakan fakir miskin
  4. Menahan marah
  5. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak
  11. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa


BEBERAPA HADIS TENTANG KAFIAT PUASA DI HARI ASYURA

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam
Diam tak diam baru-baru ni kita dah pun ke Tahun 1435 Hijrah. Ini bermakna hari khamis ini 14 November 2013 ini genaplah 10 Muharram. Jadi apa yang kita tahu tentang Hari Asyura dan apakah persediaan kita menyambutnya?


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

SEJARAH ASYURA

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. 

Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). 
Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. 
Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukharimengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

SEJARAH ASYURA DALAM PERSPEKTIF SYIAH

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran

Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. 

Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

SYAHIDNYA HUSAIN ALI

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. 

Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu yang beranggotakan hampir 10 ribu bala tentera. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain.

Kepala cucu Rasulullah itu dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka menghadap Khalifah di Damaskus,dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan diberi tahanan rumah.
Alhamdulillah.. ahad baru-baru ini pelakon Fizo Omar dan duta tudung Fareeda Abdul Karim, Malah telah selamat diijabkabulkan hanya dengan ssekali lafaz pada jam 9.32 minit pagi di rumah pengantin perempuan yang terletak di Country Heights, Kajang.

Fareeda... Nyata Jelita... 
Apa yang lebih menarik, hantaran dari pihak lelaki di bawa oleh pelakon-pelakon tersohor negara yang diketuai sendiri oleh Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Nazim Othman, Karl Shafek, Iqran Dinzly dan Kamal Adli. 


Jom tengok gambar perkahwinan mereka.












Alhamdulillah.. makin seronok tengok industri hiburan sekarang. Makin ramai artis yang berhijrah. Apa yang seronoknya apabila artis hijrah berhijab pasti ramai yang menjadikan artis tersebut ikon mereka...

Baru-baru ini antara selebriti tanah air yang baru pulang mengerjakan Haji ialah Mizz Nina dan suaminya, Noh. Alhamdulillah siapa sangka kan Mizz Nina selebriti antarabangsa dapat hidayah untuk hijrah berhijab.. Sama-sama la kita doakan beliau terus istiqamah. Insyaallah amiin..

Stylo pulak tengok Mizz Nina kan? 


Sion Khong Poh


Peniaga tak mengaku pukul bekas teman wanita


Setelah perbuatan kejamnya disebar secara meluas di laman sosial di internet, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan bekas teman wanitanya dengan memukul mangsa menggunakan tukul besi di Taman Jasper Jaya, Sabtu lalu.

Sion Khong Poh, 33, yang menjalankan perniagaan menjual kepak ayam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, menggunakan alat tersebut sebagai senjata di rumah beralamat No. 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya dekat sini kira-kra pukul 8.30 pagi, 10 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dibebaskan dengan jaminan RM3,200 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 4 Oktober ini.

Sebelum ini, kejadian mengejutkan dan kejam yang menimpa Pui Leen itu sempat dirakamkan oleh anak perempuannya yang berusia 13 tahun dengan menggunakan telefon bimbit.
Ekoran kejadian itu, mangsa menerima 30 jahitan di kepalanya.



Pui Leen turut dilaporkan berkata, dia telah banyak kali membantu bekas teman lelakinya itu untuk menguruskan perniagaannya di sebuah medan selera di sini termasuk memberi wang RM4,000 sebulan kepadanya.

Kejadian berkenaan menggemparkan negara apabila rakaman video perbuatan itu tersebar luas dalam Facebook melalui halaman Malaysian Crime Awareness Campaign (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) serta telah dikongsi lebih 160 kali sejak dimuat turun pada Isnin lalu.

Ketika ini, sudah lebih 6,800 kali video berkenaan ditonton menerusi Youtube.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis membuat keputusan mendakwa suspek hari ini selepas mendapati kejadian itu menarik perhatian awam selepas lelaki terbabit ditahan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA & HARIAN METRO




Rata-rata rakyat Malaysia umum mengetahui kes suami pukul isteri di dalam lif di hadapan anak- anak mereka yang masing-masing berumur 4 dan 5 tahun. Bagi yang tak tahu lagi.. boleh tengok video bawah ni k.


Kes ini hanya berpunca apabila si anak tidak mahu mengikut si bapa berjumpa isteri keduanya. Berikut kenyataan dari si isteri.




Namun, setelah beberapa hari mencari si bapa dayus ini, akhirnya beliau sendiri datang menyerah diri di Balai Polis Kuantan.



Apapun Fara rasa, sekali pun marah tak perlu angkat tangan angkat kaki kan. Masa bercinta semua pun manis. Nak angkat muka pun susah kan.. :)

Sumber : Harian Metro
Kerajaan Kuwait menawarkan bantuan kecemasan bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion) kepada Mesir, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan menjadi AS$12 bilion (RM36 bilion) sejak Presiden Mohammed Mursi digulingkan.

Menteri Dalam Negeri untuk Hal Ehwal Kabinet, Sheikh Mohammad Abdullah al-Sabbah berkata, anggota Kabinet Kuwait meluluskan pakej bantuan berkenaan untuk disalurkan kepada kerajaan Mesir selepas mendapat arahan daripada Emir.

Jelasnya, pakej bantuan itu merangkumi bantuan kerajaan bernilai AS$1 bilion (RM3 bilion), bantuan deposit bank pusat Mesir sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) dan bantuan produk minyak berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion)

Bonus Aidilfitri!
Hadiah kemenangan, insentif tahunan Liga-Makan dikreditkan dalam akuan pasukan, hari ini

Kelana Jaya: Semua pemenang Liga Malaysia (Liga-M) membabitkan Liga Super, Liga Perdana dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing, hari ini. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata sejumlah RM2.025 juta diperuntukkan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM, musim ini. 


Beliau berkata, sejumlah RM3.17 juta lagi diperuntukkan untuk wang insentif kepada semua 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana yang mana jumlah diberi adalah mengikut kedudukan terakhir mereka dalam liga.

Selain itu, katanya pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim lalu turut menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 dan bawah 14 hampir RM200,000 turut dikreditkan hari ini termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000.

Wang tunai RM8 juta 
“Semua bayaran itu membabitkan wang tunai kira-kira RM8 juta. Mungkin persatuan negeri dan kelab yang menang mahu memberi bonus kepada pegawai serta pemain mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis meraikan perpisahan bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM, di sini, semalam.

Beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga-M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Hamidin berkata, juara Liga Super memperoleh RM750,000, naib juara RM450,000 dan tempat ketiga RM300,000 manakala bagi juara Liga Perdana menerima RM300,000, naib juara RM150,000 dan tempat ketiga RM75,000. “Bagi juara Liga FAM pula, hadiah kemenangan yang diterima berjumlah RM60,000 dan naib juara RM30,000,” katanya.
Eksklusif: Disorok hampir  setahun    Fadzil menunjukkan gambar isteri (kiri) dan anak yang disorok Ummu Jah. - Foto Amirul Hakim
Rela diasing daripada suami kerana taksub arahan Ummu Jah

Kuala Lumpur: Isteri kedua bekas seorang pemimpin kanan Kumpulan al-Arqam mendedahkan pernah disorok hampir setahun di beberapa rumah amal kelolaan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) sebelum ditemui suaminya, tahun lalu. 

Rohana Kamaruddin, 44, berkata kepada BH, kejadian berlaku pada Oktober 2011 selepas menerima arahan balu pengasas ajaran al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam supaya ‘mengasingkan diri’ daripada suaminya, Fadzil Hanafie, 45, yang dianggap musuh perjuangan Arqam. 
Jurutera lawan peniagaCALON BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri) dan calon PAS, Azlan @ Endut Yusof
  • Calon BN; Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Calon PAS; Azlan @ Endut Yusof, 48, ahli perniagaan
  • Jertih: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bakal menyaksikan pertembungan calon profesional dan ahli perniagaan.
  •  Barisan Nasional (BN) menampilkan Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, bagi mempertahankan kerusi itu, manakala PAS pula meletakkan ahli perniagaan, Azlan @ Endut Yusof, 48. 

  • CHRISTINA yang cedera parah selepas disimbah cuka getah oleh suaminya dirawat di Hospital Bau semalam.


    BAU – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.
    Kejadian di Kampung Pejiru di sini pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
    Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut.
    Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.
    “Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.
    “Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

    Lebih 18,000 kebanyakannya golongan belia terdedah dengan ancaman kesihatan yang serius termasuk boleh membawa kematian gara-gara penggunaan steroid hanya kerana hendak tampil menarik dan berotot.

    Lebih malang sebahagian besar daripada mereka langsung tidak menyedari kesan sampingan pengambilan ubat terkawal itu apatah lagi tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor atau pakar.

    Malah ada yang berani menyuntik sendiri menerusi bantuan rakan-rakan sekali gus boleh menyebabkan jangkitan kuman dalam darah atau lumpuh sekiranya suntikan yang berasaskan minyak termasuk ke dalam salur darah.

    Seorang penasihat latihan profesional, Ahmad Zaki Jinlapudin yang menyifatkan perkara itu sebagai ‘kerja gila’ sebenarnya boleh menyebabkan ramai yang kini berisiko diserang sakit jantung, kerosakan hati dan darah tinggi secara senyap.

    Menurut beliau yang berpengalaman luas selama 10 tahun dalam bidang bina badan dan kecergasan, dianggarkan separuh daripada mereka yang ke gimnasium yang asalnya untuk tujuan kesihatan terjebak dengan penggunaan steroid.

    “Hasil maklumat dan pemerhatian, saya anggarkan separuh daripada ahli pusat kecergasan atau gimnasium menggunakan steroid. Kalau berdasarkan 300 gimnasium komersial dan 60 gimnasium rakyat di seluruh negara dengan anggaran 100 orang ahli setiap gimnasium, ini bermakna 18,000 orang khususnya belia menggunakan steroid tanpa menyedari tentang risikonya.

    “Lebih malang ada yang mengambilnya kerana telah diterapkan oleh ahli gimnasium senior kononnya badan boleh cepat berotot.

    “Disebabkan terpengaruh, ramai ahli gimnasium baharu mengambilnya menerusi pil dengan harga serendah 50 sen sebiji atau suntikan yang kosnya mencecah ribuan ringgit," katanya yang pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

    Beliau yang juga dikenali sebagai Zaki Khan memberitahu, penyalahgunaan steroid yang tidak diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1953 sebaliknya di bawah Akta Farmasi 2010 memperuntukkan denda maksimum RM25,000.

    Maka, sebab itu Ahmad Zaki percaya, ramai yang berani menyeludup masuk steroid dari negara jiran melalui sempadan apatah lagi harganya akan berlipat kali ganda sebaik sahaja sampai di Malaysia.

    Tambahnya, kemudahan internet dan laman sosial turut menyumbang penularan penggunaan steroid apabila ubat terkawal itu dijual bebas dalam talian dan laman sosial seperti blog dan Facebook.

    “Ini jelas terbukti apabila wujudnya blog menjual pelbagai jenis steroid untuk membesarkan badan dan memiliki badan yang berotot," ujar beliau yang merupakan Pengarah Urusan ZK Dinamik Sdn. Bhd.



    Pengendali pelabuhan, Westports Holdings Bhd. (Westports), merancang untuk menjual 813 juta sahamnya atau 23.8 peratus daripada modal saham berbayar syarikat di bawah rancangan penyenaraiannya ke Bursa Malaysia.

    Syarikat itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan G. Gnanalingam, bercadang menjual 710 juta sahamnya kepada pelabur institusi atau 20.8 peratus modal saham berbayar syarikat.

    Daripada jumlah itu, 11.5 peratus diperuntukkan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

    Selebihnya, 102.3 juta saham lagi diperuntukkan kepada pelabur runcit. Draf prospektus bagi tujuan penyenaraiannya itu telah dimuat naik di dalam laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti.

    Syarikat itu tidak menyatakan nilai dana yang bakal diraih. Namun, sumber terdekat terhadap penyenaraian itu menjangka sebanyak RM1 bilion dana mampu diraih.

    Maybank Investment Bank Bhd. bertindak selaku penasihat prinsipal kepada Westports dalam pelaksanaan penyenaraian tersebut.

    Pengendali pelabuhan itu turut melantik Credit Suisse Group AG dan Goldman Sachs sebagai koordinator bersama, manakala Hongkong and Shanghai Banking Corp. Ltd., Merrill Lynch Singapore dan RHB Investment Bank merupakan ejen penerima tempahan bersama.

    Kira-kira 2.5 juta umat Islam dijangka membanjiri Masjidil Haram untuk menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadan ini. -

    Sebanyak 3,000 sukarelawan terdiri daripada golongan pemuda Arab Saudi akan memberi bantuan kepada kira-kira 2.5 juta jemaah umrah dan pengunjung di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan ini.

    Perkhidmatan yang disediakan termasuklah memberi bantuan kecemasan, menjadi penunjuk arah dan jurubahasa serta menghantar makanan untuk berbuka puasa, selain menawarkan bantuan lain yang diperlukan.

    Seorang sukarelawan, Ibrahim al-Zahrani yang sering membantu menyediakan makanan ketika majlis berbuka puasa di masjid tersebut semasa bulan Ramadan, menyifatkan tugasnya itu sebagai satu penghargaan kepadanya.

    Seorang lagi sukarelawan, Mohammad Al-Otaibi yang sering membantu menolak kerusi roda warga emas pula merasa terharu dapat membantu golongan itu menunaikan ibadah umrah.

    Sementara itu, Majlis Perbandaran Mekah telah bersiap sedia untuk memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk jemaah umrah sepanjang bulan puasa ini.

    Datuk Bandar Mekah, Osama al-Bar dalam temu bual dengan Arab News, baru-baru ini berkata, seramai 8,500 pekerja termasuk penyelia, pemandu, tukang sapu dan beberapa petugas lain akan memastikan bandar Mekah sentiasa bersih serta bebas daripada penyakit.

    "Sebanyak 350 trak sampah, 170 tong sampah mampat dan 45 tong sampah biasa juga akan diletakkan di sekitar Masjidil Haram," katanya.

    Menurut Osama, semua jalan raya dan 55 terowong turut akan dipantau bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar

    Wanita gigit polis elak ditahanSebahagian daripada 25 wanita yang ditahan di restoran di Jalan Pudu , Kuala Lumpur, semalam.
    Suspek dipercayai pelacur diberkas dalam operasi di Jalan Pudu

    Seorang wanita dipercayai pelacur nekad menggigit lengan kanan Ketua Unit Maksiat (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrulnizam Jafar, bagi mengelak ditahan dalam operasi di Jalan Pudu, di sini, semalam.

    Bagaimanapun, warga asing berusia lewat 20-an itu sempat ditahan pegawai berkenaan dalam operasi kira-kira jam 3 petang itu. 


    Shahrulnizam yang mengetuai operasi berkata, seramai 24 wanita warga China dan seorang warga Indonesia ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral di restoran berkenaan.

    “Kita turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 30 tahun dan 40-an yang dipercayai menjadi ‘bapa ayam’, selain merampas wang tunai RM5,000.

    “Siasatan awal mendapati wanita ini menyasarkan pengunjung di beberapa restoran berdekatan yang sebahagian besarnya warga tua dan dikenakan bayaran RM150 bagi setiap perkhidmatan seks.

    “Ada antara ‘bapa ayam’ ini menggunakan walkie talkie bagi berhubung sesama mereka, dipercayai untuk mengelak daripada ditahan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 
    Shahrulnizam berkata, 14 daripada wanita warga asing yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

    Katanya, mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1963 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.