Showing posts with label FILEM. Show all posts
Showing posts with label FILEM. Show all posts
FARA BAGI SEPULUH BINTANG UNTUK FILEM HACHIKO NI. SANGAT  TOUCHING!! :(
Sebuah filem yang diadaptasi dari cerita sebenar di Jepun. Filem ini mengisahkan seekor anjing yang diberi nama Hachiko. 


Hachiko ditemui tuannya, Prof. Parker di sebuah stesen keretapi. Hachi dibela sejak kecil dan hanya rapat dengan Prof. Parker berbanding ahli keluarga Prof. Parker yang lain.




Rutin harian Hachiko ialah menemani Prof. Parker ke stesen keretapi dan akan menyambut Prof. Parker tepat jam 5.00 petang.



Setelah 2 tahun menemani dan menyambut kepulangan Prof. Parker dari bekerja, pada suatu hari Prof. Parker tidak pulang seperti kebiasaanya. Hachiko menunggu hingga lewat malam dan pada malam tersebut anak Prof. Parker telah mengambil Hachi untuk pulang ke rumah. Prof. Parker telah meninggal dunia pada hari tersebut. Malangnya Hachi tidak mengerti dengan kehilangan Prof. Parker. 


Bermula episod sedih filem ini, apabila Hachi telah dibawa berpindah ke rumah anak Prof. Parker dan cuba melarikan diri untuk pulang ke rumah lama Prof. Parker. Dari rumah itu, Hachi mula menjejaki semula stesen keretapi bagi menunggu kepulangan Prof. Parker.






Sejak dari mula Hachi mula menemani Prof. Parker di stesen keretapi tersebut, Hachi mula dikenali dikalangan peniaga di kawasan tersebut. Masing-masing bersedih apabila Hachi setia menunggu disitu saban hari. Hachi diberi makan dan minum dari peniaga-peniaga di situ.






Penantian Hachi bukan penantian seketika. Hachi setia menunggu kepulangan Prof. Parker sehingga 9 tahun. 




Hachi yang semakin tua, telah meninggal di kawasan stesen keretapi itu. Sebuah tugu telah dibina bagi memperingati dan menyanjung kesetiaan Hachi.



Fara  Rauf


SATU BINTANG JE FARA BAGI.

First of all, minta maaf kalau ianya menyinggung mana-mana pihak. 

Filem Azura 2012 yang digarap semula dan dioleh sesuai dengan sinematografi penonton sekarang hasil Deddy M. Borhan dan diarah oleh Aziz M.Osman  agak kurang menyengat. 

Permulaannya sahaja telah membuang masa 5 minit untuk melihat Neelofa bermain dengan suasana dan kita sebagai penonton tidak tahu hujung pangkalnya dan mengapa perlu adanya scene tersebut.

Dengan cerita yang melompat-lompat dan isu pergaduhan antara Azura dan Zack dan pada logiknya bukanlah isu besar untuk diberi alasan utama.

Komen Fara bagi filem Azura 2012 :
  • Bagaimana semudah itu Zack jatuh cinta dengan tamparan Azura?
  • Hanya kerana Azura tidak beritahu yang dia belajar sambil bekerja, Zack tinggalkan Azura?
  • Perli Dr.Rozmey dalam filem? Jus Maid?
  • Macam filem asal jadi je.
Nasib baik la si Neelofa ni cun. Tunggu jugak la movie ni habis. Walaupun menampilkan barisan pelakon yang mantop, belum tentu meletop. Yang penting jalan cerita, mesej yang nak disampaikan dan kesan kepada penonton.





Fara  Rauf


Sebuah genre filem seram komedi dari Metrowealth Pictures menampilkan Mon Ryanti, Zalif Sidek, Angah Raja LAwak, Wawa Zainal, Mikail Andre dan Maimon Mutalib. 

Filem ini berkisar tentang 3 beradik yang sangat nakal dihantar oleh kedua ibu bapa pulang ke kampung dan tinggal bersama nenek mereka yang merupakan penangkap hantu di kampung tersebut. Nak tahu cerita penuh korang pergi la tengok kat wayang yea. 

Fara pun tengok sebalik tabir kat tv je. Seram aih.. Bukan takut tapiKurang keberanian nak tengok cerita hantu ni. eheheheh :)


Fara  Rauf