Showing posts with label IKIM. Show all posts
Showing posts with label IKIM. Show all posts

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee)

1.1 (a) Jawatan               : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred 27
     (b) Kumpulan             : Pelaksana
     (c) Taraf Jawatan        : Tetap
     (d) Tempoh Percubaan : 6 bulan - 2 tahun

1.2 Jadual Gaji                : Gaji Minimum              - RM 1,961.05
                                       Gaji Maksimum            - RM 4,100.46
                                       Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

1.3 Elaun
     (i) Khas                     : RM 160.00
     (ii) Imbuhan Tetap      : RM 180.00
     (iii) Bantuan Sara Hidup : RM 300.00

1.4 Syarat Lantikan           : 

  • Warganegara Malaysia
  • Diploma dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan; atau
  • pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun 
  • Pengalaman membangun, mengemaskini, menyelenggara laman web; atau
  • keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik,pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pengoperasian komputer; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) dalam SPM
1.5 Bidang Tugas :

    Membantu Pegawai Teknologi Maklumat mengawalselia dan menyelenggara  
    urusan berkaitan teknologi maklumat IKIM

1.6 Cara permohonan :

      Calon yang berminat hendaklah mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume, curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salina sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran pasport) kepada

KETUA PENGARAH
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
2, LANGGAK TUNKU OFF JALAN DUTA
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.:Unit Sumber Manusia)

sebelum atau selewat-lewatnya 29 MAC 2013


Alhamdulillah, Fara telah disahkan jawatan pada 23 Febuari 2012 sebagai Penolong Eksekutif Trafik IKIM.fm. Tempoh percubaan adalah selama 2 tahun dari tarikh mula berkhidmat.

Fara dalam bilik edit untuk rakaman Info Komuniti yang di keudarakan selepas berita jam 8.30 pagi


Fara mula berkhidmat di IKIM pada 18 Januari 2010. Jangan tanya Trafik tu apa, sebab masa IKIM buka jawatan kosong untuk post Penolong Pegawai Pemasaran. Tapi Pengarah Radio offer bahagian Trafik, sebat je la. hehee. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Alhamdulillah... 

Dapat bos, bos sporting pulak. Nak tengok bos Fara. Ni dia. Abammm Meen :P

My bos, abamm meen.. (kami dari UNit TraFik)

Seronok keje kat IKIM? Apa kata tanya orang IKIM sendiri.. ehhehe
But for my personal point, ok la.. 2 bulan pertama agak blur sebab job scope tak sealiran dengan belajar dulu. But, dah lama-lama. Best pulak. Flexible.

Opss. Keje Fara tak de kena dengan type menaip. Tugas Fara adalah memasukkan iklan dari Marketing based on Media Order dari client. Jangan sistem kena virus sudah. Dulu penah sekali, dah siap masuk, hilang!!! kena masuk balik.
Ni gambar masa Majlis Berbuka Puasa team radio kat KPMG

Yang ni gambar masa berkursus dekat Hulu Langat 2010

Hampir setahun dekat IKIM jadi anak manja, almaklumla kita yang paling muda.. akhirnya masuklah cik Faridah Mazlan ni.. So, ni la kawan baik Fara. memang satu kapla.. 

Masa ni tengah outing lunch kat Tupai-tupai

Staff IKIM.fm  lagi... sekali la g makan kat tupai-tupai...

Selain dari keje kat opiz yang sejuk amat ini, Fara turun padang jugak join Karnival IKIM dan mana-mana lawatan IKIM.

Masa ni Karnival Mahabbah di JB. (2011)

yang ni pun sama masa karnival

Masa ni baru nak breakfast ....

haaaa.. tu diaa cik kiah.. Opsss i bukan gila glamour yea.. turun padang je tolong mana yang patut. hahaha.. nak otograp ke?

Lagi gambar masa karnival tersebut..










belakang pentas dengan Upin & Ipin.. helloo.. Fara sorang je dapat cmni k. hehehe  bangga gila.. upin ipin je ponggg

Berbalik pada kerja tadi, setelah setahun. Fara telah diberi mandat oleh kakitangan IKIM untuk menjadi Ketua Biro & Sukan KELAB IKIM bagi sesi 2011/2013. So tahun ni dah running beberapa program. Banyak lagi program nak buat.. coming soon.. :)

Banyak yang telah Fara pelajari kat IKIM ni. btw, thanx u alls yang banyak mengajar, membantu, memberi dan semua2 la... with love...

Proud be here!!






Pada hari sabtu 25 Febuari 2012, Fara selaku Ketua Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Kejohanan Badminton Beregu untuk kakitangan IKIM...

Berikut ada senarai nama pemenang :

LELAKI 

1. FATHULMUNGIN & FATH GHANI
2. AZMI & MIOR
3. ISKANDAR & MAHATHIR

PEREMPUAN

1. ZUHAIDAH & SELAMAH
2. NUR ADILA & NONI
2. FARA & IDA

Masing-masing telah membawa pulang Wang Tunai dan Medal RM 200 bagi Johan, RM 100 bagi tempat kedua dan RM 50 bagi tempat ketiga.

Ni ada la sket gambar pada hari kejohanan tersebut.

Yang ni orang datang lambat.. kan dah jenuh main straight set

Biasala bunga IKIM.. hehehe pasann

kami dapat no.3, jadi la.. kasik can...


Rajin Kak Is turun padang, sokongan pada suami tercinta.. :)

 yang ni ustaz erwan n rizal yang menang.. lawan dgn sharuzi n hishamir

yang ni sekretariat program.. Abg is selaku pencari sponsor, ayub selaku pencatat (pun dtg lambat), Ida (tukang bawak bekpes) n aku (tukang arah n tukang kuli pun aku jugak)


 Ni gambar pserta pompuan, pantang nampak kamera..



 Kami geng manja.. hahah manja la sangat

 kami geng mengada plak..


kak is n abg ghani dengan familynya.. :)