Showing posts with label OH YERK. Show all posts
Showing posts with label OH YERK. Show all posts


Seorang ibu mertua yang sanggup mencederakan menantu lelakinya gara-gara cemburu melihat tindakan lelaki itu membelikan tablet Samsung Galaxy Tab kepada anak perempuannya menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Azlan Shah Mohd. Allias memerintahkan hukuman terhadap Hajijah Hussein, 56, berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 24 Mac lalu.
Hajijah yang merupakan bekas pengawal keselamatan menundukkan kepala sepanjang pertuduhan dibacakan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan sebilah pisau terhadap Muhammad Taufik Abdullah, 25.
Perbuatan itu dilakukan antara pukul 9 hingga 10 malam 22 Mac lalu ketika mereka berada dalam rumah sewa mereka di Lot 1103, Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini.
Hajijah didakwa di bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana hukuman berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, Taufik yang bekerja sebagai jurukimpal di sini memberitahu isterinya bahawa ibu mertuanya cemburu selepas dia membelikan Galaxy Tab berkenaan kepadanya

Bulawayo (Zimbabwe): Seorang pelacur yang mati ketika mengadakan seks bangkit dan menjerit ketika dia hendak dibawa keluar dalam keranda dari sebuah hotel.
Kejadian berlaku di Hotel Manor di Bulawayo apabila wanita berkenaan, MaNadlo yang melacur di hotel itu pengsan dan dikatakan mati ketika mengadakan seks dengan seorang pelanggan.

Bagaimanapun, ketika mayatnya diletakkan di dalam keranda, dia tiba-tiba terjaga dan menjerit: “Kamu hendak membunuh saya?” Orang ramai yang berkerumun untuk melihat mayat wanita itu diusung keluar bertempiaran lari apabila dia bangkit.
“Ia seperti dalam filem. Orang ramai berlari kerana ketakutan. Ia kejadian yang menakutkan kerana kami yakin dia mati memandangkan tubuhnya kaku macam mayat. Sungguh ajaib,” kata seorang saksi.

Menurutnya polis berjaya mententeramkan wanita berkenaan. - Agensi
P/S : Haihh.. macam-macam kan... tue kalo tak insap lagi tak tau la kan



Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.


Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
 

Subhanallah. Sedihnya.. Tak sampai hati nak tengok lama-lama.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para Syuhada yang berjihad fisabillillah untuk keamanan Negara. Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah buat arwah..

Gambar 1124833 Kpl Khairul Anuar yang ditembak di Lahad Datu pagi tadi.kejadian dipercayai berlaku akibat dari serang hendap Penceroboh. Dalam kejadian tersebut, 3 pengganas ditembak mati dan 2 lagi yang cedera melarikan diri.




Laporan terkini menyatakan KPL Khairul telah meninggal dunia. Namun kenyataan rasmi dari pihak PDRM belum diperolehi setakat ini. 

.

Dapur berdarah

SUNGAI PETANI 21 Feb. – Hanya kerana marah ditegur ibunya, seorang anak tergamak menetak sehingga mati wanita warga emas itu dengan parang di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri dekat sini hari ini.
Mangsa, A’inshon Abd. Rahman, 60, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepalanya oleh penduduk sebelum melaporkan kepada polis pukul 1.30 petang.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berusia 26 tahun yang disyaki penagih dadah, berang selepas ditegur ibunya agar tidak menunggang motosikal keluar dari rumah.

Pemuda itu kemudian mengambil parang di luar rumah lalu bertindak menetak berkali-kali belakang kepala mangsa yang ketika kejadian berada di dapur sebelum melarikan diri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, bertindak atas maklumat awam, polis memberkas suspek di kawasan Sidam Kiri, kira-kira sejam selepas kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang masih bujang dan tidak bekerja itu dipercayai penagih dadah.
“Lelaki itu dikesan turut mengalami masalah mental berdasarkan ubat-ubatan diambilnya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik tinggal bersama ibunya di rumah itu sementara ahli keluarga lain tinggal berasingan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.
Jiran mangsa, Maznan Omar, 48, memberitahu, suspek sebelum ini dikatakan sering kali bergaduh dengan ibunya.

“Dia juga dikesan menghadapi masalah penagihan dadah dan menghidu gam sejak di bangku sekolah,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka suspek bertindak ganas sehingga sanggup membunuh ibunya.

Fara  Rauf



JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam.
JAMBATAN Story yang merintasi Sungai Brisbane menjadi tempat Lees mencampak anaknya sebelum dia sendiri membunuh diri, semalam.
BRISBANE: Seorang pengadil ragbi antarabangsa yang mengajar di sebuah sekolah
eksklusif, mencampak bayi lelakinya dari sebatang jambatan sebelum melompat 
membunuh diri, semalam.

Jason Lees, 40, mencampak anak lelakinya yang baru berusia dua tahun dari 
ketinggian 74 meter di Jambatan Story sebelum dia melompat dan terdampar
di pinggir tebing Sungai Brisbane. Ketika hidup, Lees mengajar di
Sekolah Menengah Gereja Anglican di bandar raya Brisbane, 
selain menjadi pengadil Kesatuan Ragbi Antarabangsa.


FotoFoto

“Kehilangan Lees sangat dirasai di kalangan penduduk setempat serta 
semula pelajar yang pernah mendapat bimbingannya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Queensland berkata, Lees menunggang 

basikal dan memasuki laluan pejalan kaki di sisi jambatan berkenaan pada awal pagi.

Lees kemudian mencampak anaknya melepasi palang keselamatan jambatan.



“Dia kemudian memanjat palang itu sebelum melompat,” katanya.

Kejadian itu sama dengan insiden pada 2009 apabila Arthur Freeman, 37, 

mencampak anak perempuannya - berusia empat tahun - dari 
Jambatan Westgate di Melbourne.

Bagaimanapun, Freeman tidak membunuh diri, sebaliknya menyerah diri 
kepada polis sebelum dihukum penjara seumur hidup.

Saksi berkata, Lees membunuh diri kira-kira jam 3.30 pagi.


Katanya, orang awam menghubungi polis dan pasukan keselamatan berkejar 

ke tempat kejadian.

“Tetapi tiada apa yang dapat dilakukan terhadap Lees atau anaknya,” katanya.


Difahamkan, Lees berasal dari Kanada.



Polis yakin bayi malang itu tidak terbabit dalam pertikaian hak penjagaan kerana
 siasatan mendapati, keluarga Lees hidup bahagia sebelum ini.

Ia berbeza seperti insiden membabitkan Freeman.


Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.




Fara  Rauf
Sebuah mahkamah di Korea Selatan semalam mengenakan hukuman penjara ke atas dua pelajar sekolah menengah kerana kerap membuli seorang rakan sekelasnya dengan kejam sehingga menyebabkan dia membunuh diri.

Mahkamah di bandar Daegu mengenakan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun dan tiga tahun enam bulan masing-masing ke atas dua pelajar sekolah menengah yang berusia 15 tahun itu.

Mereka didapati bersalah memukul dan menghina rakan sekelas mereka sejak beberapa bulan lalu.
Mangsa membunuh diri dengan melompat dari sebuah bangunan apartmen pada Disember lalu

Fara  Rauf


MUMBAI: Tiga wanita adik-beradik bimbang ‘Sindrom Serigala Jadian’ yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.

Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu hanya dialami seorang daripada satu bilion penduduk dunia.
Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

“Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?” katanya.

Di kawasan perkampungan kecil di Sangli, wanita bujang tidak mempunyai banyak pilihan.








Fara  Rauf
Wekkk... Nak muntah nengok.. Dah arwah cicak ni. Tak pasal pasal kena awet kan?