Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Gambar sekadar hiasan
RESEPI AYAM MASALA


BAHAN-BAHAN :

1.     Seekor ayam
2.     Bawang Merah  (Dikisar Halus)
3.     Bawang Putih   (Dikisar Halus)
4.     Halia               (Dikisar Halus)
5.     Susu Cair
6.     3 Sekawan
7.     Daun Kari
8.     Rempah Kari daging


CARA MEMBUATNYA :

1.     Gorengkan Ayam dan asingkan
2.  Ambil bahan yang telah dikisar dan gaulkan dengan rempah kari sehingga sekata. di dalam mangkuk
3.     Tumis 3 sekawan dan daun kari sehingga naik bau
4.     Masukkan bahan yang telah digaul tadi
5.     Tumis sehingga pecah minyak
6.     Masukkan SEPARUH TIN susu cair
7.     Masukkan garam secukup rasa
8.     Kacau sehingga mendidih
9.     Setelah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng tadi



SELAMAT MENCUBA!

Tips :
-         Jika mahu kuah yang banyak, kisar bawang merah, bawang putih dan halia lebih
-         Jangan biarkan masakan anda bagi menggelakkan hangus dan ada kerak dalam masakan
-         Letak garam secara berperingkat




Karamel 
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam 

[ Puding ] 
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.
Disebabkan fara dulu belajar kat temerloh, Pahang.. so memang suka sangat la makan ikan patin masak tempoyak ni.. dan disebabkan fara xberapa nak pandai masak.. so tengok la video ni.. just nak sharing-sharing so that aku semangat nak masak.. hehehe