Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts


1. Komunikasi
Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.

2. Prihatin
Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna.

3. Memahami
Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Ssebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif.

4. Tegas
Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri.

5. Cekal
Isteri akan mengagumi suami yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam menghadapi sebarang musibah. Suami yang cepat menyerah kalah dan mudah berputus asa akan membuatkan si isteri hilang keyakinan kerana bagi si isteri, suami adalah tempatnya untuk berlindung.

6. Bertimbang rasa
Isteri akan menghormati suami yang mempunyai sikap bertimbang rasa, misalnya membantu membukakan pintu untuk si isteri ketika si isteri sedang kepenatan pulang dari pasar atau pun membantu si isteri menjinjing barang yang dibelinya.

7. Tidak Mengongkong
Meski pun suka dilindungi, namun si isteri sebenarnya tidak menyukai pergerakannya dikawal sehingga membuatkan dirinya berasa terkongkong. Bbagaimana pun suami mungkin boleh membantu isteri misalnya dengan memimpin tangan isteri ketika melintas jalan atau pun menemani isteri untuk berjumpa doktor.

8. Menghargai isteri
Naluri semula jadi isteri untuk sentiasa dihargai. Penghargaan yang diharapkan bukanlah dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal, sebaliknya memadai dengan menelefon atau menghantar pesanan ringkas kepada isteri dengan melahirkan kata-kata rindu.

9. Simpati
Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi.

10. Romantis
Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Aapatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran, hari memperingati kekasih dan sebagainya.




Perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan. Sebut saja kahwin semua menggambarkan pelamin dan busana yang indah. Tetapi bagi pasangan muda dan bakal pengantin, mereka masih lagi kabur dengan perancangan perkahwinan. Kadangkala ada juga perkara yang mereka terlepas pandang sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Malah apabila sudah hampir pun, anda masih buntu. Ada yang lepas tangan menyerahkan tugas kepada orang lain. Anda sebagai bakal pengantin perlu tahu perkara-perkara penting dan sampingan supaya majlis lebih teratur dan meriah. Berikut adalah perkara yang bakal pengantin mesti tahu.

1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.

2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.

4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.

5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.

6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya. 

7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.

8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.

9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.

10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.

11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.

12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.

13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.

14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.

15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.

16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.

17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.

18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.


Fara  Rauf

1- Untuk remaja, buat pertimbangan bentuk badan sebelum memilih pakaian yang dapat menyembunyikan kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada tubuh.


2- Perhatikan fabrik yang digunakan sama ada selesa atau tidak ketika dipakai dan sesuaikan mengikut aktiviti atau majlis yang ingin dihadiri bagi meningkatkan keyakinan diri ketika dalam khalayak ramai.


3- Sebaiknya hindari penampilan yang berlebihan atau meniru gaya
dewasa, sebaliknya pilih pakaian yang dapat mencerminkan keperibadian positif diri.


4- Pilih pakaian berwarna cerah dan sesuai dengan kulit yang boleh dipadankan dengan warna semula jadi. Misalnya, baju berwarna terang seperti merah dipadankan dengan seluar atau skirt rona hitam atau putih.


5- Cari maklumat di Internet atau majalah mengenai fesyen terkini dan jika dipertimbangkan sesuai, boleh mencuba. Misalnya, bagi tubuh berbentuk lurus dan jam pasir, seeloknya pilih baju yang mementingkan bahagian pinggang.

Bagi mereka yang berbadan gempal, pemakaian gaun panjang membuatkan anda kelihatan tenggelam.
Jadi, cara selamat pilih gaun yang sederhana panjang dan tidak terlalu ketat.


6- Fesyen yang menarik tidak semestinya berharga mahal tetapi mengikut kebijaksanaan teknik suai padan.






Fara  Rauf
Ni Fara cerita ikut pengalaman la yea. Kalau nak pergi sana kan korang kena lah :

1. Tukar duit INDON kat SINI, yakni Malaysia, 
(pengalaman tukar duit kat sana dari RM 100 patut kat       
    Malaysia dapat 2900rp tapi kat sana fara dapat  2200rp je.. 700rp boleh dapat jubah 2 helai okey.. Puncanya takut bawa duit banyak-banyak)

2. SUPIR. Pastikan korang kalau first timer datang sana gunakan khidmat PAK SUPIR yakni Pemandu Pelancong.
(Fara pergi sana 4 hari kena bayar dekat RM 500 jugakla termasuk pergi balik Bandung sehari. Punyala nak jejak kaki kat Bandung jugak kan)


3. Kalau tak nak pakai khidmat supir ni. Pastikan korang dapat Public Transport dengan harga berpatutan. 
(boleh naik tut tut. Macam gambar bawah ni. RM 2 pergi Tanah Abang dari hotel)

4. Hotel. Korang semua jangan la duduk hotel mahal-mahal. Sebab korang buat tido mandi semayang je
    (sebab kat sana korang mesti nak shopping sakan je. Masuk je bilik je dah nak kuar balik)

5. Nampak apa yang berkenan korang tarik je. Jangan baik hati nak survey-survey harga. Harga kedai lain lebih kurang sama je atau lebih senang kata sama je harga.
    (Tempat ni terlalu besar dan padat dengan pembeli borong.
Kalau dah survey, korang nak patah balik tak jumpa dah kedai yang korang syok tadi tu)

6. Jangan pakai Handbag. Sila pakai beg silang yea. Ramai yang sedang memerhatikan anda.

Bawah ni antara tempat wajib pergi kat Jakarta 


Tanah Abang
Mangga Dua

Menara Monas