Assalamualaikum anak-anak... ehehehe

Alhamdulillah. Seronok apabila diberi mandat utk produce program sendiri.. Penerbit Abang Zam bagi kepercayaan untuk saya ketengahkan apa jua isu dalam segmen APA KATA FARA. Segmen saya ni hanya 5 minit dan akan muncul di kaca TV setiap hari Isnin. Tapi ada jugak hari-hari lain saya keluar TV cuma bukan dalam segmen ni la..

Huh! Saya ni compius sebab banyak sangat benda boleh buat tapi masalahnya saya takut apa yang saya buat tak mencapai kehendak dia dan audien tak suka.

Walaupun dua hari ni banyak isu yang melanda dengan masalah opis ni. Saya buat lek je. Sebab lagi pikir masalah lagi kite down which is saya ambil itu sebagai cabaran.

Jadi untuk menyahut cabaran Abang Zam ni. Saya dah prepare assignment mengenai Kegilaan Gajet. Fenomena ni biasa. Tapi bagi saya yang bersuamikan orang IT kadang-kadang terpengaruh jugak dengan produk-produk baru gajet ni. Macam sekarang I-phone 5. Saya ketengahkan isu ni. Harap ok la kan. Sebab masih baru dalam dunia hosting ni.

 Yang saya pelik.. Low Yat antara tempat penggemar Gajet yang tak pernah putus kunjungan orang ramai. Bagi saya duduk kat situ sejam cukuplah. Feninnn tengok orang ramai sangat.. Ini antara skrip yang saya dah sediakan untuk shooting nanti...


Assalamualaikum  dan
Salam 1Malaysia

Jika pada segmen minggu lepas kami kongsikan bersama anda mengenai trend Harlem Shake
di Youtube.
Tetapi kali ini, menjadi keterujaan ramai  apabila KEGILAAN GAJET  semakin meluas bukan sahaja dikalangan orang muda malah kini di semua peringkat usia.
Lihat sendiri  di atas meja  saya ini. Telefon S3, Ipad dan kamera. Ini antara gajet yang saya gunakan untuk kegunaaan seharian

Dalam segmen Apa Kata Fara kali ini saya ketengahkan bersama anda KEGILAAN GAJET


Sebut sahaja pasal gajet, terlintas di fikiran kita tentang produk teknologi sofistikated seperti telefon pintar, komputer riba, komputer tablet, kamera digital, pemain MP3 dan bermacam-macam lagi.

kesemua peranti ini  dicipta dengan binaan kompak selain mempunyai kelebihan fungsi komunikasi dan multimedia lengkap serta moden.
Aplikasinya pula menyeluruh untuk memudahkan pengguna melaksana pelbagai urusan harian mereka secara lebih mudah dan mobiliti.

Gajet yang dilengkapi dengan Google Play ataupun Apps Store pastinya menjadi kegilaan ramai untuk memuat turun aplikasi seperti Facebook, Twitter,  Whatsapp, Instagram, FourSquare, InstaPlace dan pelbagai lagi untuk berhubung dengan rakan-rakan mengenai apa sahaja yang mereka lakukan setiap hari. Termasuklah check in, berkongsi berita semasa, gambar makanan dan sebagainya. Dan ada juga menjadikannya sebagai tempat meluahkan perasaan

Ops.. smpai sini je la saya share kan skrip saya.. okeyy ke tidak???????? hahahahah
Uolss kalau ada topik nak ketengahkan bagi tau la. tapi jgn heavy topik la yea. Daa....


Saya bukanlah pendeta hebat ketenteraan Malaysia ini. Tetapi saya anak kepada bekas TENTERA LAUT (ayah) dan TENTERA DARAT (ibu).Ini yang membuatkan saya tertarik pada isu-isu begini.

 Tetapi isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi titik tolak kepada kita untuk bersikap nasionalisme dan menolak isu-isu politik. Ini adalah KESELAMATAN NEGARA! Dan jika berlanjutan tidak mustahil ianya merebak ke Semenanjung Malaysia. Dan tidak mustahil  tentera kerajaan Sulu ada hubungan dengan negara lain yang ingin menjatuhkan Malaysia. Apa yang saya takutkan... adakah ini permulaannya tanda-tanda besar Hari Kiamat?????

Maklumat ini saya copy paste kan dari blogger yang juga merupakan bekas tentera. Tiada ayat digubah kerana saya tidak mahu di salah tafsir atau merombak cerita. Waallahualam kesahihannnya.. 

Ini bukanlah versi sebenar FUCH COMMJAM milik tentera kita (sekadar gambaran)
Ini bukanlah versi sebenar FUCH COMMJAM milik tentera kita (sekadar gambaran)
NOTA PENULIS : HIKAYAT INI MENGANDUNGI SERBA SEDIKIT CERITA FANTASI, ANDA DILARANG MEMPERCAYAINYA
1. Macam biasa, banyak cerita panas dari blog ni
2. Macam biasa, selalunya terkeluar dari otak pemikiran rakyat Malaysia dan Indonesia kerana kebanyakkan benda-benda baru dan orang tidak tahu.
3. Macam selalu, ada yang akan mengutuk bahawa apa yang saya ceritakan tidak benar dan mulalah mencari kesalahan ejaan, satu dua fakta saya yang tersilap…untuk menunjukkan mereka lebih tahu dan saya yang sudah masuk ke medan perang ini, tidak tahu macam mereka tahu.
4. Kalau cerita piramid orang tidak percaya, saya faham.
5. Bila saya buat umumkan pasal Palekbang, ada puak mendabik dada bahawa saya tertipu kerana sebenarnya tidak ada terowong atau bunker, lubang masuk sebenarnya perigi air (petikan dari interview dengan seorang tua oleh Sinar Harian).
6. Fikir lojiklah…tak akan orang buat perigi tepi sungai?
7. Dan orang tidak tahu, pegawai tentera berjumpa saya supaya saya tidak mendedahkan operasi tentera yang sedang berjalan.
8. Sebagai sebahagian dari strategi perang, saya bergantung dengan Kelab Pecinta Sejarah Kelantan untuk membuka rahsia penemuann Palekbang dan anda bolehlah pergi ke laman web persatuan tersebut.
9. Dahulu bila saya buat cerita Vera E, ada orang tidak percaya tetapi akhirnya benar.
10.Bila saya buat cerita MIG 29 akan dipencenkan, orang kutuk saya tetapi akhirnya panglima tentera udara dan Menteri Pertahanan sendiri mengakui kebenaran penarikkan itu.
11.Bila saya beritahu saya jumpa Menteri Petroleum Taliban di Afghanistan, orang pertikaikan saya, apa…mereka ingat Taliban sengkek dan bodoh sangat kot…adakah mereka tahu, Sabah pun ada Menteri sendiri dan timbalan menteri sendiri.
12.Bila saya comfirmkan EC725 akan menjadi pilihan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), orang tidak percaya tetapi akhirnya ia terbukti menang tender.
13.Bila saya tulis pasal Operasi Sabah Selamanya, orang kata ianya adalah cerita fantasi dan akhirnya terbukti…tuntutan Filiphina terhadap Sabah adalah “REAL” dan artikel itu sepatutnya ada sambungan.
14.Bukankah saya sudah tulis dalam artikel itu bahawa akan ada lebih banyak pendedahan yang akan keluar?
15.Pendedahan itu termasuklah sokongan MNLF terhadap tuntutan Sabah dan wujudnya ancaman dari sayap militari Kesultanan Sulu serta jangkaan tempoh masa serangan.
16.Malangnya, semasa saya bersantai-santai di Bagan Lalang, tiba-tiba kumpulan sayap militari Kesultanan Sulu ini menceroboh Sabah dan tidak sempatlah saya “mengupdate” blog saya untuk mendedahkan ancaman mereka.
17.Tapi mungkin ada hikmahnya, kalau saya tulis perkara itu, saya sukar nak buktikan dan keberangkalian untuk saya dikutuk oleh “jeneral kerusi malas” yang bergantung dengan bahan bacaan dalam internet ini tinggi serta satu atau dua maklumat yang mereka baca dalam majalah pertahanan berbahasa Melayu.
18.Apa pun biasanya saya sengeh jeeeee…hehehe. Macam biasa, tak percaya tak pe, percaya pun takpe.
19.Apa pun ada juga perkara yang salah dalam blog saya, pasal itu saya tidak kisah orang tidak percaya. Yang saya mahukan, adalah supaya anda berfikir….bukan menolak mentah-mentah, bab percaya tu nombor 3 atau 10.
LAGI TIDAK LOJIK DAN COMFIRM GOOGLE TAK JUMPA (AYAT FAVOURITE SAYA)
20.Kali ini saya nak beritahu lagi benda yang tidak lojik dan sudah pasti orang akan kata saya mereka-reka.
21.Maklumlah orang kampung, blog pun tahap kampung dan tidak profesional banyak blog-blog lain.
contoh sahaja : kalau bergerak atas jalan, beginilah keadaannya
contoh sahaja : kalau bergerak atas jalan, beginilah keadaannya
22.Kisahnya…ada peralatan perang kita yang tidak pernah dihebah dan anda tonton selama anda akil baligh sehingga dewasa iaitu kereta perisai PeperangaElektronikdalam ketegori COMMJAM atau Jammer dari jenis pacuan 6×6 FUCH buatan Jermanyang kita beli dalam dua-tiga tahun lepas.
23.Kenderaan yang buruk tahap buaya air masin ini telah dihantar ke Sabah untuk memberikan bantuan sokongan terhadap operasi menangani pencerobohan askar-askar diraja kesultanan Sulu.
24.Kita tidak boleh memandang “cikai” terhadap mereka ini kerana manalah tahu ada negara luar yang berdiri di belakang mereka.
25.Seperkara lagi, tentera diraja Sulu ini diperhatikan sentiasa menghantar maklumat ke Manila, Filiphina dengan menggunakan telefon satelit.
25.Kereta perisai EW COMMJAM atau “Jammer” pacuan 6×6 FUCH ini merupakan sistem Peperangan Elektronik sangat canggih dan tidak dimiliki oleh negara lain sepertiSingapura, Indonesia dan Filiphina.
26.Kebanyakkan aset peperangan elektronik negara-negara yang saya maksudkan bersifat portable (tenaga insani), statik dan sudah ketinggalan zaman.
27.Sistem-sistem Peperangan Elektronik yang mereka pasang dalam kenderaan ini tidak perlulah tanya saya, sulit hendak diceritakan tetapi dari negara Eropah dan Amerika Syarikat.
28.Softwarenya pula dalam bahasa Jawi, bahasa lain dilarang pakai.
29.Unit-unit FUCH 6×6 ini biasanya bergerak pada waktu di antara 12 hingga 4 pagi untuk membuat operasi ELINT dan SIGINT ke atas negara-negara yang bermasalah dan dalam setiap operasi biasanya disokong oleh dua kenderaan yang serupa.
30.Malam-malam buta bila orang sudah tidur, SOFTWARE BAHASA JAWI ini dihantar untuk mengelirukan pelbagai peralatan elektronik milik negara bermasalah termasuk menganggu sistem perisian mereka, radar, komunikasi dan sebagainya.
30.Jumlah berapa banyak kita ada pun, tidak perlulah tanya pada saya…Use Your Imagination, Okeiii?
31.Kalau anda terdengar bunyi ini “Goblok, mengapa ini seh, radarnya pusing”, “Waduhh..apa ini, ada bogeyyy” “Mana ada pak, bukankah kita sahaja yang ada di udara” atau “Fuck..fuckk…tett…tettt” atau “No alert…system failed, we are now at stage 2″….ketahuilah, SOFTWARE BAHASA JAWI sedang mengodam anda.
32.Kenderaan milik kita ini mempunyai keupayaan untuk merosakkan komunikasi pada frekunsi “ALL BAND ALL MODE”.
33.Sekarang apabila negara kita ada krisis macam di Lahad Datu ini, dua kenderaanPeperangan Elektronik 6×6 FUCH ini dihantar ke Sabah dengan pesawat Charlie.
34.Tujuannya….hehehe…cuba check talian handphone anda kalau anda ke Lahad Datu.
35.Sebenarnya pihak polis pun ada pakai peralatan-peralatan peperangan elektronik ini tetapi ia bersifat “portable” malahan kalau tidak silap saya, Jabatan Perdana Menteri juga memiliki aset dan keupayaan yang serupa tetapi pada tahap yang lebih rendah dariAngkatan Tentera Malaysia.
36.Kalau tidak silap saya, Suruhanjaya Koridor Multimedia Malaysia (SKMM) juga mempunyai kenderaan yang canggih dalam kenderaan Mercedes Benz berwarna putih.
37.SKMM mempunyai lebih kurang empat buah dan setiap satu harganya mencecahRM7 juta.
LAGI ASET CANGGIH KATEGORI TOP SECRET TAHAP TABOO  MILIK MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)
IMG-20130220-WA001IMG-20130220-WA002
38. Baiklah setakat ini sahajalah hikayat teknologi ajaib milik ATM digarap oleh saya, moga-moga anda tertidur membacanya.
02 Mac 2013

Pukul 9.00 Pagi

Dah gigih memasak untuk family sbb ada shooting pukul 12. Rasa mcm malas rajin je. Hahaha sebab macam awal sgt je nk masak lunch. Tetapi ku gigihkan jua.. Wah gtu... Ayam masak kicap n kubis goreng pun boley.. rezeki what.. kan? hehehe

Pkul 11.30 Pagi

Ha kau.. baru kalut nak pergi hantar anak umah Mama (mak i la yang comel tu). Padahal shooting pkul 12 nih! Belum pape nak tunjuk diva datang lambat kan.. huuhuhuh buka begitu niatku.. sebaiknya aku cuba. Sebab dah kelambatan, pecut la cik MZ2. Dan lagi satu... bahana xmake up lagi. Haruslah kena marah dgn AP (Assistant Producer).

Wah.. dgn speeding 120km/j sempat la make up dalam keta ni. Tangan sebelah pegang stereng, Sebelah lagi Dok capai foundation, blusher la, liptsick la, mascara la, eye liner la.....

Pkul 12.05 Tengahari

Ha kau... lambat 5 minit. Wah AP dah tegur nape lambat. OMG, maafkan daku. Tanpa sempat menelek muka aku yg di touch up ni terus je shooting. Korang tau apa... I tot depa akan bagi skrip coz ini first job I hokeyyy... OMG lagi sekali.. Nasib semalam aku sempat screen shot kat hp pasal Harlem Shake ni. So everything is spontaneous... Tapi tak de la ayat kepakk kepakk kebommm kebomm.. coz this topic none familiar with me... but i have to deliver... So inilah hasilnya....

Klik Sini untuk Paparan Video


So inilah hasilnya...Saya tahu ramai yang xsuka saya buat suara macam ni. Tapi saya suka cara intonasi Nurul Shuhada TV3 tu. Nampak kelasss kan.. Cuma mungkin nmpak macam pembaca berita sikit because i'm not looking so pleasant.. Insyaalllah.. akan diperbaiki. Maklumlah first timer. Apa pun saya akan buat terbaik! Doakan saya ye kawan-kawan..  Love u all..
Assalamualaikum uolz...

Huh, lega hati bila dah selesai semua latihan dan akhirnya saya muncul buat kali pertamanya di kaca TV. Terbalas segala penat lelah sampai demam-demam  uolz...

04. Mac 2013

Gila kencang pukul 5.30 pagi saya dah bagun okey. Siap siaga encik husband pun bangun. Sempat make up sendiri sebab takut 9 pengacara nak kena make up pagi tu, dengan make up artist (MUA) 2 orang je. Harus rasa bertanggungajwab pada diri sendiri untuk capai barang make up sendiri dan touch up muka ni. Walaupun tak pakai Mac, Maybelline.. Elianto pun boleh.. ahhahaah

Pkul 7.00 Pagi -

Sharp sharp sampai pkul 7.00 pagi. Sebelum start live pukul 7.30. dah agak dah bilik make up penuh pengacara lain dengan pembaca berita lagi. Tak risau sangat sebab dah make up. Tinggal lagi Bg MUA RTM touch up je.

Pukul 7.30 Pagi -

Ha kau... Lepas je Hezri, Yen Nee dan Nurata start.. Time kami di introduce kan pulak. Gugup hati tak tahu nak cakap apa sebab semalam tak datang rehearsal.






Ini lah hasilnya.. "saya harap kami diterima baik. Kami akan buat terbaik bukan sahaja untuk diri kami tetapi untuk RTM dan pastinya untuk Selamat Pagi 1Malaysia". Huh... ayat tu je yang mampu terkeluar dari mulut ni.

Apapun terima kasih bebanyak pada sponsor baju saya SALSABEELA MUSLIMAH ATTIRE dan penaja tudung ZAFA SCARF.

So harapnya, kehadiran saya diterima baik oleh semua pihak. Harap tiada pihak yang dengki-dengki ni. Tak kemana pun kalau kita mendengki. Apa salahnya kita kongsi rezeki yang Allah bersama. Itu lebih baik.. Wallahualam..

السلام عليكم

Meh nak story mory citer 2 3 bulan ni memandangkan kebz'an x sempat nk share...

Mungkin ramai yang nak tahu kenapa saya boleh terpilih dlm pengacara SP1M ni. Sebenarnya tahun lepas saya ada buat program "Car Boot Sale for Gaza". Memandangkan ini program sulung saya lakukan dengan kerjasama Lanun Bikers, SF Cafe & Bistro, Aman Palestin, Usrah Fitrah, IKIMfm.. saya cuba mencari inisiatif untuk mempromosikan program amal ini. 


Alhamdulillah, IKIMfm sudi beri kerjasama dan bahagian PR IKIM juga turut membantu memberi contact utk saya uruskan promosi program. Alhamdulillah, dlm semua senarai media, Selamat Pagi 1Malaysia menjemput sy hadir ke program tersebut untuk mempromosikn pgram ini. Saya datang bersama kak Aida Rahim.

Tengah promosi program bersama Yatt Hamzah di IKIMfm

Di Studio 2, RTM. Nampak tak? mata saya merah sama macam baju kan?
Bersama pengacara Hanie Hamid dan Kak Aida Khalida di Set A.
Malangnya pada hari tersebut saya demam panas dan 42c tapi saya lawan dan cuba untuk terus berjuang mempromosikan program ni. Saya dtg ni hari Jumaat, 28 Disember 2012. Program esoknya 29 Disember 2013. Masa ni sy dah plan print poster n duit dari jual poster n artis-artis yg sign ni, sy nak bagi token utk artis dan masuk tabung Gaza. Huhuuh. Beratus jugak kos printing poster tu. Malangnya esok demam saya tak surut-surut. Dan di hari kejadian saya dah muntah-muntah n terus dikejarkan ke KJMC. Saya x dapat stay hingga habis program. Program yang berlangsung dari 7 pagi sampai 9 mlm, saya dapat bertahan sampai pkul 2. Maka warded la saya di KJMC. Oleh kerana KJMC bukan panel IKIM, sy pun di transfer lah ke Hospital Al-Islam Kg. Baru. 

Sekitar program berlangsung. Masa ni saya dah tenat melawan sakit.
Namun dlm perjalanan saya ke Hospital Al-Islam tu (naik keta sendiri je,asben drive... naik ambulan 600 hengget ok.. rugi rugi.. baik simpan kan?) saya dapat perkhabaran gembira bahawa program amal itu dapat mengumpul dana sebanyak RM 14,113.00. Saya budget dalam 5k - 10k je. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... walaupun ralat xdapat stay program sampai habis. Yang ralat juga, poster saya n asben print  tak terjual sebab krew masing-masing bz dengan task masing-masing..(modal pun x dapat). Apapun tahniah pada my team Lanun Bikers dan semua peniaga yang ikhlas sehabis tenaga membantu Gaza ni. Malam tu juga wakil Aman Palestin datang dalam Majlis Penyerahan dana terkumpul itu.

Oppss.. lupa nak cite.. hasil demam 42c tu rupanya saya terkena jangkitan kuman dalam darah. Hazabbbb bila kena masuk antibiotik tu ok.. sebab molekul-molekul antibiotik tu besar.. rasa mcm kena cubit pulas-pulas je... 

Besar x? ha kan... Dua jengkal srynge ni okey...
Lebih kurang seminggu juga saya di Hospital ni. Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang melawat. Keluarga, sanak saudara, kawan-kawan opiz ida, siti rohani, bestie ku liz dan syamil, kak aida rahim dan tak lupa suami tercinta.


Dari kiri - kak cena (kakak ipar), mama dan Kak Aida Khalida. yang pakai spec tu saya la.
 Jangan buat xknal pesakit pulak ye. hahahaha

Coklat tu kak Aida Khalida yang bagi.. ni bestie yg sentiasa ada disisi. Pn.Liz  

Sempat lagi cik abang suap jambu.
 Dan.... nak jadi cerita, penerbit tu tengok saya boleh bercakap promosi program amal tu la sebab saya dipelawa untuk menjadi pengacara. Tapi bukanlah smudah disangkan. setiap hari saya berlatih bersama rakan-rakan lain utk biasakan diri bercakap depan kamera disamping pelbagai isu yang perku dikupas.



Latihan compere di Set C

Ni masa audition lagi bulan 1

Lepas audition, then traning sebulan lebih. Baru saya dan beberapa rakan lain terpilih untuk menjadi Host dalam SP1M. Bukan senang sebenarnya sebab rancangan ini Live. Kalau record, saya percaya semua orang pon boleh buat. Saya sendiri pun masih banyak yang perlu belajar.. Hikmahnya, walaupon saya rugi beratus untuk print poster, tapi rupanya Allah bagi rezeki untuk mengacara.. cantik kan susunan kehidupan yang Allah swt dah aturkan.. 

Minggu lepas saya dan sahabat-sahabat pengacara sudah mula photoshoot utk memperkenalkan pengacara baru dalam Selamat Pagi 1Malaysia. Harap gandingan kami bersama senior akan memberi evolusi baru kepada RTM. Kami akan mula bersiaran pada bulan Mac 2013 ini. Insyaallah.. 





Assalamualaikum..

Wah rasanya dah berbulan tak berblogging oleh kerana kebizian melanda dari sebelum kahwin sampai la lepas kahwin. Baru ni rasanya free nak berblogging balik.
 
Meh nak story mory sket. Oleh kerana kelmarin tak dapat tidur sempurna dek anakku demam, hari semalam balik kileje je terus pengsan tertido sesambil menidokan anak. (hahaah alasan nak tidur sebenarnya)

Bangun tido je perut terasa lapar. Nasib encik asben rajin tolong gorengkan ayam dan masak nasi. So, bagi nak menambah perisa ayam ni, saya telah memasak halia versi suka hati saya la.. (saya bukanlah pandai memasaka sebenarnya.. dek kerana mak ayah pandai memasak n suka conquer dapur.. lagi sekali alasan membina untuk tak rajin ke dapur, ok ke tidak?.. hehehe )

Inilah Ayam Masak Halia saya.. ada bawang ropol-ropol lagi...

Nak tau cara memasak ke? Ini versi saya yang masak campak-campak je. Barang-barang yang diperlukan kat dapur korang ialah :

1. Ayam yang sudah siap digoreng. (Kan senang dah goreng, takde la panjang entry saya ni kan? hehe
2. 2 sudu minyak masak
3. 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
4. Bawang Merah (dihiris halus) 
5. Halia (dihiris halus memanjang)
6. Lada Merah (potong dua je)
7. Sos perasa
8. Sos tiram
9. Kicap Manis

CARA-CARANYA IALAH :

1. Baca basmallah dan niat nak masak dengan penuh kasih sayang. Compom sedap. :)
2. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan, bawang merah, lada merah dan halia sampai naik bau
3. Masukkan air seteguk, masukkan sos perasa, sos tiram, kicap manis. 
4. Agak-agak sampai mendidih masukkan ayam. Kalau korang nak pekat, tak yah tambah air, kalau nak berkuah, tambah la air.. then xpayah la letak garam. Sos tiram tu dah masin kot. Ikut lidah korang la kan.
5. Kalau rajin hiasla dengan bawang ropol-ropol tu. :)

Dah siap!! senangkan.?? Selamat mencuba.