Alhamdulillah.. ahad baru-baru ini pelakon Fizo Omar dan duta tudung Fareeda Abdul Karim, Malah telah selamat diijabkabulkan hanya dengan ssekali lafaz pada jam 9.32 minit pagi di rumah pengantin perempuan yang terletak di Country Heights, Kajang.

Fareeda... Nyata Jelita... 
Apa yang lebih menarik, hantaran dari pihak lelaki di bawa oleh pelakon-pelakon tersohor negara yang diketuai sendiri oleh Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Nazim Othman, Karl Shafek, Iqran Dinzly dan Kamal Adli. 


Jom tengok gambar perkahwinan mereka.












Alhamdulillah.. makin seronok tengok industri hiburan sekarang. Makin ramai artis yang berhijrah. Apa yang seronoknya apabila artis hijrah berhijab pasti ramai yang menjadikan artis tersebut ikon mereka...

Baru-baru ini antara selebriti tanah air yang baru pulang mengerjakan Haji ialah Mizz Nina dan suaminya, Noh. Alhamdulillah siapa sangka kan Mizz Nina selebriti antarabangsa dapat hidayah untuk hijrah berhijab.. Sama-sama la kita doakan beliau terus istiqamah. Insyaallah amiin..

Stylo pulak tengok Mizz Nina kan? 


4 NOVEMBER 2013 (ISNIN) 

HARI PERTAMA

Perkara pertama yang kena buat ialah bawa pergi office. (huhu korang jangan gtau bos saya pulak yang saya pasang kat office) Hahah mana tidaknya.. komponennya secomel-comel benda. Ada tu sekecik 0.2 cm je.. korang rasa kalau saya buat kat rumah siap ke tidakkkk?? Dengan anak kecik nye lagi, harus anak saya telan hidup-hidup kan.. ohh tidakk!!!

So lepas dh bawa opis, perkara kedua ialah kemas meja sebab box ni sedepa kot... terpaksa file-file unit saya ni kena tukar tempat lain untuk sementara waktu. So saya letak kat kabinet comel lagi satu... haa.. ini lah hasilnya.. siap tampal poster dia lagi.. kelaassss uolsss..



Ha dah siapkan tempat barulah lapang dada.. lapang otak nak start kan... tapi apa pun buat kerja hakiki dulu (kerja opis).. ada masa lapang.. lunch hour baru la boleh buuat ye dakkk.. eheheeh...

So.. masa dah lapang sikit.. dengan lafaz Basmallah baru buka box.. hohohoo biasala nak start buat benda yang take time ni.. kena amek roh dulu kan.. baru la hasil menjadi dari cincai buncai... ditambah pulak dengan cabaran cik asben kan... meh kte buka box dulu...


Ha uols... terkezut ke hidakkk??? tengok tu.. ada banyak part dari A sampai la M... dari komponen sedepa sampai la sekecikkk biji selasih.. asieyhh.. sedap pulak sirap selasih kan.. hahaha...

Hahaa habis tu tak kan nak buka tengok je?? tak reti-reti nak start buat...? hahaha  harus ku gigihkan diri nak buat benda alah.. feninnn wooo... perkara kena buat adalah tank... wohohooo.... cer tengok acaner nak buat.. tengok pic ni...



Hohohohoo... buka je buku Instruction ni.. saya dah fenin... lama gila dok belek2 nak fahamkan.. maklumlahh saya ni otak kanan.. Otak kiri guna bila perlu je... huhuhu masa ni rasa menyesal pun ada dok sahut cabaran cik asben... tapi lepas telek punya telek... kite start la buat Tank dulu... nak buat tank je pon.... tapi komponen nak kena pasang berbelas... ahhaha korang rasa jadi ke hidokkkk?



Ha... dah siap!!! berjaya uolssss. Bangga gila dengan diri sendiri.. ahah tak kira.. nak bangga jugakk sebab ni first time buat hokeyy.... Lepas dh siap pasang kena cat la pulak.. so bab ni memang saya excited ok.. keje otak kanan.. laju la kann...


Mula-mula saya colourkan yg hitam tu menggunakan Acrylic Paint X-1 (hitam).. Lepas tu saya colourkan muncung dia plak dengan Acrylic Paint X-12 (gold)... saje gedik-gedik nak nampak macam warna tembaga la konon... ihiihiii actual colour tak ingat pulak warna apa... 

Dah siap colour.. kite colour body atas tank pulak... colour Navy Blue.. Inilah hasilnya...



So first day, saya buat ni je la dulu... uhuhu leceh woo... satu benda nak buat amek masa... nak kena pasang.. nak kena gam... kena kikir bagi rata.. nak cat.. nak tunggu kering la... so sebab tahap rajin hari ni sampai sini je.. sampai sini je la saya buat.. continue esok pulak.. bye...
2 NOVEMBER 2013 (SABTU) 

Alkisah lepas je saya pergi pot luck rumah Imam Muda Taufik en asben bawa saya dgn anak pergi One Utama. Dalam kereta ada jugak dia tanya, pernah main kereta Tamiya tak? Saya cakap pernah la. Ada dua bijik masa sekolah rendah dulu.. hehehe... ingatkan saja je la cik asben ni tanya...

Rupa-rupanya sampai je kat OU, kedai Tamiya dia masuk dulu. Siap tanya, nak Tank ke kapal.. Saya dengan konfidennya sebut Kapal.. Rasa macam besar je.. macam best je.... hahahah ingatkan bape hengget je rupanya RM499.00. (Glup!) hambek kauuuuu...

Masa ni xde la sihat sangat...selsema.. cik asben pun bawa la sy minum air panas kat Secret Recipe... Lpas je order cik asben cakap "kapal ni Honey buat tau.. nak tengok Honey boleh buat ke tak.. kte lumba sapa siap dulu (cik asben dengan misi dia nak siapkan kapal kayu)"... huhu terkezut maakkk... xpernah hayattt buat benda2 cenggini.. Ingatkan dia la yang nak buat.. rupanyaaa... hahaha tapi nama pun Fara Rauf yang memang sukakan cabaran.. sahut la cabaran cik asben buat kapal ni..

tengok gambo ni.. macam konfiden je dapat box kapal ni. tapi tak tahu dalam hati.. bila tahun la boleh siap benda alah ni.. rajin pulak la kan nak pasang benda2 cenggini... baekkk beli siap je kan? hihi




Gambar sekadar hiasan
RESEPI AYAM MASALA


BAHAN-BAHAN :

1.     Seekor ayam
2.     Bawang Merah  (Dikisar Halus)
3.     Bawang Putih   (Dikisar Halus)
4.     Halia               (Dikisar Halus)
5.     Susu Cair
6.     3 Sekawan
7.     Daun Kari
8.     Rempah Kari daging


CARA MEMBUATNYA :

1.     Gorengkan Ayam dan asingkan
2.  Ambil bahan yang telah dikisar dan gaulkan dengan rempah kari sehingga sekata. di dalam mangkuk
3.     Tumis 3 sekawan dan daun kari sehingga naik bau
4.     Masukkan bahan yang telah digaul tadi
5.     Tumis sehingga pecah minyak
6.     Masukkan SEPARUH TIN susu cair
7.     Masukkan garam secukup rasa
8.     Kacau sehingga mendidih
9.     Setelah mendidih masukkan ayam yang telah digoreng tadi



SELAMAT MENCUBA!

Tips :
-         Jika mahu kuah yang banyak, kisar bawang merah, bawang putih dan halia lebih
-         Jangan biarkan masakan anda bagi menggelakkan hangus dan ada kerak dalam masakan
-         Letak garam secara berperingkat

Wahahahah rasanya dah lama gila saya tak update blog.. Busy pun yea.. buat-buat busy pun yea jugak.. Hahahaha.. Alkisah cite ni macam nak tak nak je layan tapi terlayan juga bila lakonan si Zara menjadi pulak watak lurus baik hati dia.. kena pulak la dengan Azlee Khairi dengan watak sombong bongkaknye..

Walaupun kadang tak sempat nak layan drama ni tepat 7 malam.. kadang layan je online senang... ha... mesti korang nak tau kan apa ending drama ni.. meh saya story sikit..




Episode 25 -  
Zaara menghantar mesej pada Irham untuk bertemu di sebuah restoran.
Irham tahu hari itu adalah hari yg istimewa buat mereka berdua. Dia tidak pernah lupa cuma sengaja dia buat-buat tidak ingat. Segalanya telah dirancang oleh Irham untuk membuat kejutan buat Zaara. Namun Irham pula yg terkejut....bukan isterinya yg muncul tapi Safiya.

Irham tergamam dan begitu sayu setelah membaca surat yg dititipkan isterinya itu. Dia bertekad untuk mencari Zaara.
Sementara itu Pn Sri seperti tidak percaya yg Zaara betul-betul mengotakan janjinya. Dia berasa bersalah dan kecewa sekali dengan perlakuannya terhadap Zaara.
Kemanakah perginya Zaara? Sudah seminggu berlalu dan Irham masih tidak ada lagi khabar berita tentang Zaara..ke kampung juga sudah dia pergi untuk mencari Zaara.
Irham rasa kesal kerana layanan ibunya sendiri, Zaara terpaksa berkorban dan pergi dari sisinya.
Dek peristiwa ini fikiran Irham terganggu dan dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja-kerja di pejabat.

Episode 26 - Apakah Zaara akan pulang ke pangkuan Irham ? Adakah sesuatu yg akan terjadi pada Zaara ? Bagaimana pula dengan keadaan Irham ? Dapatkah Irham menyelamatkan Zaara ? Dapatkah Mr Arrogant menghapuskan rasa sombongnya sebelum ini demi cintanya pada Zaara ? Adakah kebahagiaan akhirnya milik Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Harap semuanya akan terjawab.