6 NOVEMBER 2013 (RABU)
HARI KETIGA

Macam saya ceria tadi kat episod 4, hari ini adalah hari yang sangat gigih.. ahhaha so sambung buat part 7,8,9,10 dengan 11.

Part 7 - Kena buat MK.37 DIRECTOR (4 ketul)
wooooo part ni paling menguji kesabaran... komponen dia geli kecik... asyik lari la, terjatuh la, tak nak melekat la.. haduiiii


Ha yang macam piring Astro tue la MK.37 Gun Director. Nampak macam besar je dalam gambar kan.. sebenarnya seketul benda tu setengah inci je. Dan yang best lagi nak pasang benda tu sampai jadi cenggitu kena ada 6 komponen. So boleh bayangkan tak betapa halus dan keciknya benda alah ni.


Part 8 - Pasang Bridge Base dekat Center Desk Assembly 

Part 9 - Pasang Turret No.2 (tapi yang ni saya tak buat lagi sebab nak cat bagi lawoo-lawoo dulu..)


Part 10 - pasang pulang Fore Tunnel. Nampak je simple macam gambar bawah ni. Padahal nak siap benda ni kene pasang 9 komponen. Tapi okeyla senang je Nak pasang cuma Komponen No.B.24 je saya tengah potong dengan cutter patah.. Hahahha cik asben bukan perasan pun.. senyap sudah... haha


Dah siap part tu, saya buat pulak Upper Bridge, yeah! benda ni pun senang je nak pasang.. cepat je siap..

Part 11 - Gabungkan semua komponen tadi MK.37 GUN DRIRECTOR, UPPER BRIDGE dan juga FORE TUNNEL... Inilah hasilnya....



Setakat itu je hari ni.. Sambung buat esok pulak... 


6 NOVEMBER 2013 (RABU)
HARI KETIGA

Yeahhh hari ni terasa rajin yang amat sebab rasa makin senang je buat benda alah ni. So hari we go to step no.5.. Kite buat center deck assembly.


Korang rasa pening ke tidak nak memasangnya? Hahaha untuk saya yang pelupa ni, setiap yang dah pasang mesti tanda right dengan pen merah.


Dah siap pasang, saya cat dulu part colour XF-50 (Filed Blue) dan kemudiannya colour deck dengan XF-61 (Dark Green) macam gambar bawah ni.


Lepas tu saya buat pulak Bulwark dengan Bridge Base... Wahh part ni laju gila buat sebab komponen dia agak besar sikit sesuai la dengan jari jemari ni...hahahah

 
Inilah Bulwark. Comelnya besar sikit je dari biji timah korang.. hehe
Ha... dah siap cat dengan XF-61








5 NOVEMBER 2013 (SELASA)
HARI KEDUA

Woooo.. hari kedua still tak bersemangat lagi nak buat.. maklumlah banyak lagi step nk buat.. yang buat semalam tu baru 3%... 


Ha nampak tu.. nak cabut satu-satu punya la seksa..

So hari ni saya move on dengan step number 3 which is i have to build front deck. Part ni nampak macam senang sebab komponen kecik-kecik je kena pasang. Tapi macam hape je.. tangan saya tak cukup comel nak membina. Terpaksa hold sementara dapatkan forsep dengan playar muncung tirus...

Dah ada baru boleh go on.



Dah siap pasang, kita cat pulak menggunan TS-68

Taraaaaa..... dah siap aft deck saya...

So lepas tu perkara yang sama pasang komponen kecik-kecik untuk Foredeck pulak

Haa... dah siap dah Aft Deck dengan Foredeck
 So sampai sini je kerajinan yang mampu dibina hari tu.. okey la kan.. nampak jugak la rupanya sikit...





  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  3. Memuliakan fakir miskin
  4. Menahan marah
  5. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  6. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  7. Bersedekah
  8. Memelihara kehormatan diri
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak
  11. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa


BEBERAPA HADIS TENTANG KAFIAT PUASA DI HARI ASYURA

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam
Diam tak diam baru-baru ni kita dah pun ke Tahun 1435 Hijrah. Ini bermakna hari khamis ini 14 November 2013 ini genaplah 10 Muharram. Jadi apa yang kita tahu tentang Hari Asyura dan apakah persediaan kita menyambutnya?


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

SEJARAH ASYURA

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. 

Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). 
Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. 
Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukharimengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

SEJARAH ASYURA DALAM PERSPEKTIF SYIAH

Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran

Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. 

Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah s.a.w iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

SYAHIDNYA HUSAIN ALI

Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. 

Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu yang beranggotakan hampir 10 ribu bala tentera. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain.

Kepala cucu Rasulullah itu dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka menghadap Khalifah di Damaskus,dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan diberi tahanan rumah.
Alhamdulillah.. ahad baru-baru ini pelakon Fizo Omar dan duta tudung Fareeda Abdul Karim, Malah telah selamat diijabkabulkan hanya dengan ssekali lafaz pada jam 9.32 minit pagi di rumah pengantin perempuan yang terletak di Country Heights, Kajang.

Fareeda... Nyata Jelita... 
Apa yang lebih menarik, hantaran dari pihak lelaki di bawa oleh pelakon-pelakon tersohor negara yang diketuai sendiri oleh Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Nazim Othman, Karl Shafek, Iqran Dinzly dan Kamal Adli. 


Jom tengok gambar perkahwinan mereka.