HIBURAN : YAZID KECEWA ANGGOTA KUMPULAN SEARCH TIDAK DATANG MELAWAT

by 2:58 PM 0 comments
Pedih. Memang pedih ayat yang dikeluarkan oleh Yazid ini. Memang siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Untuk anda yang tidak tahun, pemain dram kumpulan Search ini telah pun dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggang sejak hari raya ketiga.
yazid
Menurut Yazid, kesemua anggota Search yang lain sudah pun mengetahui dirinya dimasukkan ke hospital. Sayangnya tiada seorang pun yang datang melawat. Kata Yazid kepada Utusan Malaysia:-
Saya tidak tahu mengapa mereka tidak datang, mungkin kerana mereka sibuk beraya dengan keluarga masing-masing atau mungkin juga mereka tidak suka mengunjungi orang-orang sakit seperti saya.
Biasalah resam manusia, sewaktu sihat semuanya baik-baik sahaja tetapi apabila saya sudah sakit seperti ini, tiada siapa yang mahu mengambil tahu
Mungkin anggota kumpulan Search yang lain masih dalam mood beraya sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa melawat rakan seperjuangan mereka. Semoga selepas ini, dapatlah bertanya khabar dengan Yazid dan menjenguknya di hospital. Barulah rakan sejati dan bukannya rakan semasa hendak buat konsert sahaja. Tak gitu?

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment