BERITA : SUSULAN WANITA DIPUKUL DENGAN TUKUL

by 9:29 AM 1 comments
Sion Khong Poh


Peniaga tak mengaku pukul bekas teman wanita


Setelah perbuatan kejamnya disebar secara meluas di laman sosial di internet, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan bekas teman wanitanya dengan memukul mangsa menggunakan tukul besi di Taman Jasper Jaya, Sabtu lalu.

Sion Khong Poh, 33, yang menjalankan perniagaan menjual kepak ayam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, menggunakan alat tersebut sebagai senjata di rumah beralamat No. 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya dekat sini kira-kra pukul 8.30 pagi, 10 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dibebaskan dengan jaminan RM3,200 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 4 Oktober ini.

Sebelum ini, kejadian mengejutkan dan kejam yang menimpa Pui Leen itu sempat dirakamkan oleh anak perempuannya yang berusia 13 tahun dengan menggunakan telefon bimbit.
Ekoran kejadian itu, mangsa menerima 30 jahitan di kepalanya.



Pui Leen turut dilaporkan berkata, dia telah banyak kali membantu bekas teman lelakinya itu untuk menguruskan perniagaannya di sebuah medan selera di sini termasuk memberi wang RM4,000 sebulan kepadanya.

Kejadian berkenaan menggemparkan negara apabila rakaman video perbuatan itu tersebar luas dalam Facebook melalui halaman Malaysian Crime Awareness Campaign (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) serta telah dikongsi lebih 160 kali sejak dimuat turun pada Isnin lalu.

Ketika ini, sudah lebih 6,800 kali video berkenaan ditonton menerusi Youtube.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis membuat keputusan mendakwa suspek hari ini selepas mendapati kejadian itu menarik perhatian awam selepas lelaki terbabit ditahan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA & HARIAN METRO

Kaki Pesbuk

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment:

  1. Terbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?

    PS: apa nak jd la manusia skrg..

    ReplyDelete